CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nazri Mengalu-alukan Sarawak Keluar Dari Lembaga Pelancongan Malaysia

13-6-2017 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5445| Komen: 15

Description: Sarawak menarik serta-merta wakilnya daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia selepas membantah pengenalan cukai baru.

Sarawak menarik serta-merta wakilnya daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia selepas membantah pengenalan cukai baru. 


Keputusan mengejutkan itu diumumkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan dua perenggan kelmarin. 

“Kerajaan negeri menyifatkan penyertaan wakilnya dalam Lembaga Penggalakan Pelancongan tidak perlu lagi kerana ia bertindih dengan peranan dan tugas Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak,” katanya.



Sementara itu, memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri Sarawak hendak menarik diri daripada terlibat dalam Lembaga Pelancongan Malaysia.


Malah menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata ia selaras dengan keputusannya Januari lalu yang mahu menutup lembaga tersebut kerana pertindihan kerja selain mahu mengurangkan perbelanjaan kos pentadbiran.

"Tidak ada kesan kerana sebenarnya pegawai saya di Sarawak pun sudah tidak banyak kerja kerana kerja promosi dilakukan Kementerian Pelancongan Sarawak."

“Peruntukan untuk kementerian saya juga sudah dipotong, jadi saya berusaha keras mengurangkan kos dan salah satu caranya ialah menutup pejabat yang berlaku pertindihan kerja,” katanya yang juga ahli Parlimen Padang Rengas.

Nazri sebelum ini menyelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah sebagai seorang menteri ‘baru’ yang tidak sepatutnya berlagak.

Kenyataan itu dibuat Nazri selepas Karim mencadangkan agar Putrajaya menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan.- CARI


33

Bagus
18

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 12-6-2017 02:10 PM
sentap la nazri khens
Quote aku.semut.merah 12-6-2017 02:12 PM
Padan muka Nazri samseng
Quote espri6006 12-6-2017 02:13 PM
Padan dengan muka kau Nazri
Quote OmJualGas 12-6-2017 02:27 PM
Abis laaaa.....ini semua sebab nazri samsing...
Quote sqlite3 12-6-2017 02:31 PM
padan muka. celupar sangat.
Quote kelapaparut 12-6-2017 02:33 PM
Komen orang serawak..sape2 @Muntz
Quote CiliPadiSedap 12-6-2017 02:34 PM
kamik serawak bersatu united.
Quote kelapaparut 12-6-2017 02:36 PM
Berita terbaru dari Kota Kinabalu,Sabah pun same tarik diri, syukur Alhamdulillah..

KOTA KINABALU, SABAH - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, menolak sebarang pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bermula 1 Julai ini, lapor Sarawak Voice.
Quote Hatim+Mulhid 12-6-2017 02:41 PM
apasal bantah? tax nie bagus utk cegah operator homestay yg tak bayar cukai   
Quote kiambang 12-6-2017 02:45 PM
Dua negeri tak nak join ... apa kata orang semenanjung ?
Quote Andyscenes 12-6-2017 02:45 PM
Maybe ramai negeri lain yg follow sabah sarawak nnt.. semua sebab nazri.
Quote manehnya 12-6-2017 02:48 PM
Edited by manehnya at 12-6-2017 02:54 PM

yeah yeah.. harap sabah pun mengikutinya
terkini

http://www.thereporter.my/2017/0 ... ak-pelaksanaan.html

Selepas Sarawak, Sabah tolak pelaksanaan Cukai Pelancongan


Quote ultra78 12-6-2017 02:52 PM
Kalau mengikut berita di rtm, Sarawak memang sudah kenakan tourism tax ke atas hotel di sana. Kalau nak jugak implement federal tourism tax, ini bermakna sama ada pelancong dikenakan double tax, atau kerajaan negeri mengalah atau federal mengalah mengutip tax
Quote dodolgemok 12-6-2017 02:54 PM
Baru cua terkencing kerajaan persekutuan! Anyway topik da ada dalam round 4 dan round 5. Mohon momod @spiderman80 @Muntz merge jah dgan thread dodol yg gempak ittewww

https://mforum.cari.com.my/forum ... obile=2#pid65577370
Quote CiliPadiSedap 12-6-2017 03:38 PM
johor yang nak keluar daripada malaysia dulu alih2 sabah serawak dapat kuasa veto perlancongan

3 negeri yang berkuasa di malaysia serawak sabah johor southern tiger..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.058442 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top