Susah betul nak kawal nafsu makan terutama di bulan Ramadan. Semua makanan di bazar nampak menyelerakan! Resipi di Internet pula bikin air liur meleleh. Semuanya menggoda belaka!
Jika anda sedang mengamalkan berdiet dan berasa susah untuk mengawal nafsu makan anda, bolehlah cuba empat petua ajaib ini. Memetik portal Vemale, terdapat beberapa titik akupuntur di tubuh berkaitan dengan sistem pencernaan dan ia boleh ditekan bagi membantu mengurangkan nafsu makan. Jom cuba sekarang! 1. Telinga
Tekan titik di bahagian luar telinga (gambar) sambil menggerakkan rahang ke atas dan bawah selama seminit. 2. Lutut Picit titik sekitar 5 sentimeter di bawah lutut sambil menggerakkan kaki ke atas dan bawah dalam dua hingga tiga minit. Titik ini berhubung dengan pencernaan, sekali gus membantu mengurangkan rasa ingin makan. 3. Siku Selain itu, anda juga boleh picit titik siku yang berkaitan dengan usus besar. Tekan titik di bahagian dalam siku dengan ibu jari dan biar seketika. 4. Buku lali Menekan titik di buku lali juga membantu melancarkan proses pencernaan dan sistem ketahanan tubuh. Tekan titik di sekitar beberapa sentimeter dari buku lali dan tahan selama seminit sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Itulah serba sedikit cara yang boleh dicuba untuk mengurangkan nafsu makan anda. Semoga maklumat ini bermanfaat dan dapat membantu anda. Selamat mencuba. - CARI
|
25
Bagus |
28
Marah |
20
Terkejut |
34
Sedih |
12
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT