View: 2008|Reply: 9
|
Tak Tahan Godaan Ketika Berbuka, 4 Petua Ini Sekat Nafsu Makan Anda!
[Copy link]
|
|
Susah betul nak kawal nafsu makan terutama di bulan Ramadan. Semua makanan di bazar nampak menyelerakan! Resipi di Internet pula bikin air liur meleleh. Semuanya menggoda belaka!
Foto: Carian Internet
Jika anda sedang mengamalkan berdiet dan berasa susah untuk mengawal nafsu makan anda, bolehlah cuba empat petua ajaib ini.
Memetik portal Vemale, terdapat beberapa titik akupuntur di tubuh berkaitan dengan sistem pencernaan dan ia boleh ditekan bagi membantu mengurangkan nafsu makan.
Jom cuba sekarang!
1. Telinga
Tekan titik di bahagian luar telinga (gambar) sambil menggerakkan rahang ke atas dan bawah selama seminit.
2. Lutut
Picit titik sekitar 5 sentimeter di bawah lutut sambil menggerakkan kaki ke atas dan bawah dalam dua hingga tiga minit. Titik ini berhubung dengan pencernaan, sekali gus membantu mengurangkan rasa ingin makan.
3. Siku
Selain itu, anda juga boleh picit titik siku yang berkaitan dengan usus besar. Tekan titik di bahagian dalam siku dengan ibu jari dan biar seketika.
4. Buku lali
Foto: Vemale/Cerpen
Menekan titik di buku lali juga membantu melancarkan proses pencernaan dan sistem ketahanan tubuh. Tekan titik di sekitar beberapa sentimeter dari buku lali dan tahan selama seminit sebelum dilepaskan perlahan-lahan.
Itulah serba sedikit cara yang boleh dicuba untuk mengurangkan nafsu makan anda. Semoga maklumat ini bermanfaat dan dapat membantu anda. Selamat mencuba. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya minum air seteguk pun dah alhamdulillah. Makan banyak sangat naik lemas badan nak bergerak. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul dapat fruit juice pun dah cukup sebenarnya yang nak berlebih-lebihan tu nafsu makan beyond control je tu. Kalau jenis pelahap tekan titik2 ni pun belum tentu ada effect buat mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Berkesan ke tips ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Lg satu kalo nk mkn byk time buka puasa jgn nakan nasi n minum air sejuk byk2.. Minum air suam je.. Pastu rasa la ni sikit, tu sikit.. At least xde la terbuang makanan tu tanpa dijamah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku try esok...
Tak jadi, siapppp...
|
|
|
|
|
|
|
|
ak rs bila dah makanan dpn mata, tips ni mmg dah kelaut dlm ..kah3 |
|
|
|
|
|
|
| |
|