Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dijangka kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki. Memetik laporan Bernama, presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara kelmarin. “Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei." “Misbun telah bersetuju secara dasar tentang pelantikan beliau. Saya menghubungi beliau sebelum mesyuarat C&T, dan kita bersetuju bahawa beliau akan dilantik sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.”
Mohamad Norza berkata Misbun akan melapor diri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.- CARI |
12
Bagus |
12
Marah |
22
Terkejut |
21
Sedih |
13
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei."
RatuDunia94 replied at 9-6-2017 08:28 PM
Adakah Latuk masih berharap Olimpik 2020? Huhuhu
ohnoLia replied at 9-6-2017 08:48 PM
Ni ai tgk bulletin utama.. interview dgn misbun knp atau apa motivasi dia terima.... jawapannya as ...
ADVERTISEMENT