View: 1856|Reply: 12
|
Misbun Sidek Kembali Semula Ke Pangkuan BAM
[Copy link]
|
|
Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dijangka kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.
Memetik laporan Bernama, presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara kelmarin.
“Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei."
“Misbun telah bersetuju secara dasar tentang pelantikan beliau. Saya menghubungi beliau sebelum mesyuarat C&T, dan kita bersetuju bahawa beliau akan dilantik sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.”
Mohamad Norza berkata Misbun akan melapor diri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la. hope takde isu lain lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg patut pon..makin layu badminton..masa tu br sembah ratu misbun balik..org luar pon berlatih dgn dia. Teringat haji sidek pnye disiplin.. |
|
|
|
|
|
|
|
“Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei."
Adakah selama nie DLCW xhormat coach selain misbun? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla untuk kebaikan bersama |
|
|
|
|
|
|
|
legend is back..sallluteee |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni DLCW pun dah di hujung karier...Pemain single yg lain pun nan hado... camno Misbun nak cipta pemain yg bakal menjadi bintang?
DLCW rank 3 dunia umur 35, Zulfadli rank 32 dok luar BAM camno nak latih, Iskandar rank 37 tu kalau tak silap ada sakit belakang tapi pemain utama Malaysia, Chong Wei feng rank 40 dah umur 30, mohd ariff dah umur 28 dah agak lambat untuk sampai kemuncak kerjaya, Misbun Ramdan umur 26 ranking 692 jauh bebenor rankingnya ..Darren Liew rank 58 umur 30, Soo Teck Zhi rank 152 walaupun player backup dari player utama Malaysia tapi umur 22 boleh gi jauh lagi..
Harap2 Misbun tidak dijadikan kambing hitam kalau tak ada player Malaysia yang hebat nanti dalam tempoh 2-3 tahun akan datang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai nmpk ni langkah yg salah dr misbun |
|
|
|
|
|
|
|
it is about time..dah lama dah CW requested benda ni
tahniah
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah Latuk masih berharap Olimpik 2020? Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 9-6-2017 08:28 PM
Adakah Latuk masih berharap Olimpik 2020? Huhuhu
Ni ai tgk bulletin utama.. interview dgn misbun knp atau apa motivasi dia terima.... jawapannya asyik sekitar chong wei... abis tu anaknya siapa nama ni misbun ramadhan... knp x digilap jd pggnti lcw?
Ai thot sinar akhir lcw adalah masa kat rio dulu... utk olimpik 2020.. is a mission impossible to me.. fight against nature.. |
|
|
|
|
|
|
|
ohnoLia replied at 9-6-2017 08:48 PM
Ni ai tgk bulletin utama.. interview dgn misbun knp atau apa motivasi dia terima.... jawapannya as ...
By the time olympic 2020 nanti Chen Long pon dh under prestasi.. Masa tu China dibarisi oleh pemain muda yg jauh lbh bertenaga.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|