Pelbagai citarasa yang bermain di minda ketika bulan Ramadan ini. Namun, ada baiknya kita menyediakannya sendiri kerana lebih jimat dan terjamin cara pembuatan yang sihat dan bersih.
Antara menu yang menarik perhatian ialah ayam panggang peri-peri ala Nando's. Memang sangat kecur air liur dibuatnya. Berbeza dengan ayam panggang atau ayam golek lain, ayam peri-peri ini kaya dengan rempah ratus yang membuatkan ia rasa pedas dan juga kemasaman. Jom cuba, pasti tak cukup sepinggan nanti! Bahan-bahan: 5 keping ayam (bahagian kepak atau peha) Minyak zaitun *dikisar
Cili padi merah *dikisar (ikut pedas diingini) Sebiji tomato *dikisar 4 ulas bawang putih dicincang halus 3 biji bawang merah *dikisar 3 sudu besar air perahan lemon @ cuka epal 1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar 2 sudu besar paprika 1 sudu besar parsley 1 sudu kecil thyme @ rosemary garam secukup rasa Cara-caranya: 1. Kisar bahan yang perlu dikisar hingga hancur. Campurkan dengan daun parsley, thyme, lada hitam, paprika, madu dan garam. Kacau sebati. 2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 2-3 jam. 3. Bakar dalam ketuhar. Jangan lupa alas dengan aluminium foil. 4. Apabila hampir masak, keluarkan aluminium foil dan bakar lagi 10 min untuk masak secara lebih garing. 5.Siap dihidang. Boleh dihidang bersekali dengan lemon. - CARI Kredit resipi: Isya Surya |
22
Bagus |
15
Marah |
27
Terkejut |
27
Sedih |
15
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
flipolivio replied at 21-11-2017 09:00 PM
kenapa gambar dekat aluminium tu ayam lain..yg dah siap tu ayam lain?
gambar last yg siap tu mcm ...
ADVERTISEMENT