Dipercayai gara-gara seorang pemandu bertindak membrek keretanya secara mengejut, tindakan itu telah mengakibatkan lima bertembung di Kilometer 107.6 Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Petani kira-kira pukul 11 malam tadi. Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, semua pemandu kereta berkenaan bagaimanapun bernasib baik kerana terselamat malah tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya, kemalangan itu membabitkan kereta jenis Proton Gen2, Mercedes, Honda Civic, Proton Saga dan Proton Suprima S. “Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Mercedes berkenaan secara tiba-tiba membrek dan pemandu Proton Saga yang gagal mengelak terus merempuh keretanya sebelum dilanggar oleh kenderaan lain."
Kejadian berlaku ketika semua mangsa dalam perjalanan ke arah selatan. Tiada kecederaan dilaporkan buat semua pemandu kecuali pemandu Proton Saga kerana mangsa itu dikatakan masih belum membuat laporan polis.- CARI |
24
Bagus |
30
Marah |
22
Terkejut |
35
Sedih |
19
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dinopower replied at 4-6-2017 05:12 PM
sbb tu jgn megekor rapat uols
cheergirlz replied at 5-6-2017 01:27 PM
ade mslh ape agknyer tetiba brek mengejut..
AbukRokok replied at 5-6-2017 01:35 PM
waktu malam ...mgkin ada unsur2 mistis...opsss bulan ramadan pun ada ke
ADVERTISEMENT