CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Suntikan Maut, Akhiri Penderitaan Si Puntung

4-6-2017 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6139| Komen: 30

Satu daripada tiga badak sumbu Sumatra terakhir di Malaysia, mati selepas diberi suntikan menerusi operasi euthanasia selepas menderita barah sel skuamus atau barah kanser kulit di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu.


Menurut laporan Berita Harian, haiwan yang diberi nama Puntung itu terpaksa 'dimatikan' untuk menamatkan peneritaan yang dialami bdaka sumbu betina yang dianggarkan berusia 25 tahun itu.

Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata "Sel barah dialami Puntung semakin membesar daripada segi saiz selain mengalami kesukaran bernafas. Selepas berunding dengan penasihat pembiakan badak di Institut Leibniz untuk Zoo dan Penyelidikan Hidupan Liar di Berlin dan pihak lain, kami mengambil keputusan menamatkan penderitaan Puntung yang semakin meningkat.

Foto: Ihsan Jabatan Hidupan Liar Sabah

 "Keadaan Puntung itu menyebabkan keputusan untuk euthanasia diawalkan pagi tadi daripada tarikh pada 15 Jun ini," katanya dalam kenyataan

Puntung menarik perhatian dunia pada April lalu menerusi pembedahan pergigian oleh pasukan pakar pelbagai negara di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin selepas mengalami bengkak di pipi kiri yang membawa kepada pengesanan akar giginya dijangkiti kuman. 

Ia kemudian disahkan menghidap barah kulit dan keadaannya semakin kritikal menyebabkan Jabatan Hidupan Liar mengambil keputusan untuk melakukan euthanasia dengan nasihat perubatan profesional. -CARI
11

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 4-6-2017 04:42 PM
Euthanasia kepala hangguk ko lah...
Quote missinpiece 4-6-2017 05:03 PM
Siannye
Quote mishungu 4-6-2017 05:04 PM
Kesian nye
Quote Pink_Purple 4-6-2017 05:25 PM
mungkin pengakhiran yg baik utk dia
Quote berusjamban 4-6-2017 05:41 PM
Decaffeinated replied at 4-6-2017 04:42 PM
Euthanasia kepala hangguk ko lah...

Nape? Salam terms eh? Patutnye apa ye? Maaf la tanya sbb ilmu xde
Quote CiliPadiSedap 4-6-2017 05:42 PM
xsangka badak pun ada kanser.. padahal xmakan maggy kari
Quote kuzaime 4-6-2017 06:47 PM
Baru tau binatang pun bole kena kanser..kesian badak tu..
Quote CariCari621 4-6-2017 08:54 PM
Sian dia, xpela dr terseksa mennggung sakit
Quote cmf_blanco 4-6-2017 09:14 PM
Kesian tapi baik dari puntung menderita kesakitan..
Quote Ayda89 4-6-2017 09:44 PM
RIP Puntung
Quote taikor 4-6-2017 09:52 PM
bakal ade video dgn lagu missing you mcm Thylacine Australia...
Quote Decaffeinated 4-6-2017 10:04 PM
berusjamban replied at 4-6-2017 05:41 PM
Nape? Salam terms eh? Patutnye apa ye? Maaf la tanya sbb ilmu xde

benda tu kan assisted suicide.... biasa utk manusia yang dah tak nak hidup.... (nanti adalah yang tepek technical definition yang nak defend ini juga euthanasia jadah tu....)

badak ni binatang. guna istilah put to sleep sudah....


Quote WhiskeyScotch 4-6-2017 10:48 PM
Kesiannya Puntung.
Quote Lobai_Mulhid 4-6-2017 10:55 PM
RIP puntung...... tak sempat nk berdoa pd tohan FSM  
Quote zawara 4-6-2017 11:47 PM
siannye...tgk dia hidup pon kesian
Quote imthegirl 4-6-2017 11:57 PM
Rehat lah Puntung
Quote Mary_Vedder 5-6-2017 12:00 AM
Mary xberapa follow citer Puntung.. tp sesekali terbaca dr newsfeed kawan. She was a fighter.. kaki hampir kudung sbb pemburu haram.. anak-anak dia pon xsurvive. Mmg sedih sgt bila dpt tau cancer dia xdpt diubati.
Quote Lobai_Mulhid 5-6-2017 12:12 AM
CiliPadiSedap replied at 4-6-2017 09:42 AM
xsangka badak pun ada kanser.. padahal xmakan maggy kari

ini bokti ujian tohan ke atas puntung   


semoga dosa2 puntung terhapus & dikurniakan 72 bidadari.....   
Quote DeeHanania 5-6-2017 12:13 AM
Sedih yer...
Bye2 Puntung

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.075164 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top