Seorang pegawai polis ditemui maut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan dengan satu kesan tembakan di bahagian dahinya.
Menurut Harian Metro, mangsa berusia 29 tahun yang berpangkat Inspektor itu ditemui mati pada 9 pagi hari Khamis di atas kerusi di pejabatnya oleh anggota polis. Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial membuat rondaan di sekitar Pasir Puteh. "Mangsa sepatutnya hadir mesyuarat peringkat daerah namun tidak hadir sebelum seorang anggota mencari dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas kerusi serta kesan darah di bawah kerusi.
"Antara jam 4 hingga 5 pagi, jiran mangsa (rakan setugas) ada mendengar bunyi tembakan, namun tidak mengesyaki apa-apa. "Pada 9 pagi, kita menemui jasad mangsa sebelum disahkan meninggal dunia," katanya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian termasuk sama ada mangsa mengalami tekanan atau sebaliknya. -CARI
|
14
Bagus |
25
Marah |
27
Terkejut |
16
Sedih |
19
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nuralisa replied at 1-6-2017 12:34 PM
mcm mana yg dikatakan tertembak??
kat perut kan tembakan tu
ADVERTISEMENT