17/08/2013 10:08pm JOHOR BAHRU - Seorang lelaki bukan saja parah ditetak bertalu-talu, malah ditembak dua das dalam cubaan bunuh di Jalan Ledang, Taman Johor, Tampoi, di sini, tengah malam semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, mangsa warga India berusia 30-an yang berehat di depan rumah majikannya dikejutkan dengan kehadiran empat lelaki tidak dikenali yang menyerangnya menggunakan parang hingga cedera parah. Difahamkan, ketika diserang, mangsa melarikan diri ke dalam rumah majikannya, namun dikejar hingga ke ruang tamu sebelum rebah dan ditetak bertalu-talu dengan parang. Mangsa yang terbaring dan berlumuran darah kemudian ditembak dua das sebelum suspek beredar dari lokasi kejadian. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini oleh rakannya untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal. Ketika kejadian, majikan dan dua rakan mangsa berada di dalam rumah dan hanya menyedari insiden itu selepas terdengar kekecohan dan bunyi tembakan, dipercayai pistol, sebelum melihat mangsa terbaring berlumuran darah di ruang tamu. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Superintendan Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut. Katanya, kes itu dianggap serius kerana membabitkan ketenteraman awam dan menggunakan senjata api. Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. “Hasilnya, kami menahan dua daripada empat suspek di sekitar bandar raya ini dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian. Kami memburu dua lagi suspek bagi membantu siasatan. “Mangsa kini ditempatkan di Unit Kawalan Rapi (ICU) HSA akibat cedera parah dan siasatan awal mendapati ada kesan tembakan pada badan mangsa,” katanya. Bagaimanapun, katanya, luka akibat tetakan belum dapat dipastikan secara sah berikutan keadaan mangsa masih kritikal. “Pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian oleh pasukan forensik menemui dua kelongsong peluru, dipercayai dilepaskan daripada senjata api digunakan suspek ketika menyerang mangsa,” katanya. Menurutnya, polis turut menemui kesan cap jari pada pagar rumah tempat kejadian dan ia dipercayai dapat membantu mengesan suspek. Katanya, maklumat awal mendapati mangsa bekerja di sebuah bengkel di Taman Munsyi Ibrahim, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Berikutan itu, katanya, orang ramai yang ada maklumat diminta tampil membantu siasatan. p/s men nembak jer...
|
6
Bagus |
1
Marah |
9
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
STONER posted on 18-8-2013 01:22 AM
pakai susuk ni
kakikuDibibirmu posted on 18-8-2013 02:08 AM
@MissNigga adakah @lavasing jelmaannya? Tak ada gambar pokcik rangka bergerak pung
STONER posted on 18-8-2013 02:10 AM
ni maltinik ke berapa? lu mmg lejeng
STONER posted on 18-8-2013 02:20 AM
kira lu mati hidup smula la ni
STONER posted on 18-8-2013 02:30 AM
lu beli suprime s la baru lambat habis myk
masyuk apa tarak untung
roblucci posted on 18-8-2013 02:38 AM
mana avvy ko?entah2 ko bukan lava
STONER posted on 18-8-2013 02:39 AM
2013 tahun penuh cabaran
roblucci posted on 18-8-2013 03:03 AM
letak avvy orang tua keding barulah aku boleh jadi fan ko
ADVERTISEMENT