CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Warna-warni Bubur Cha Cha, Sungguh Menggoda Selera Waktu Berbuka!

30-5-2017 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13912| Komen: 28|Original author: Oleh: Maly Rosli

Menjelang waktu berbuka, ada sahaja bayangan makanan terlintas di fikiran. Bagi mereka yang sering ke dapur tu, macam-macam resipi bermain di kepala. Mana yang tak berapa nak 'hebat' bermain di dapur pula, pakat request je la kan?


Dalam senarai panjang tu, mesti ada terselit bubur cha cha kan? Sedapnya dimakan waktu berbuka. Selepas menunaikan solat Tarawih pun, gigih berulang makan bubur ni.

Apa yang menarik bubur cha cha ni adalah warnanya yang meriah! Nampak seronok saja nak makan.



Jom tengok resipinya!


Bahan-bahan:
1 cawan keledek kuning dipotong dadu

1 cawan keledek merah dipotong dadu
1 cawan keledek ungu dipotong dadu
1 cawan tepung cha cha

Foto: MummyJasmeen
800ml santan
3/4 cawan gula pasir (kurangkan jika mahu kurang manis)
1/2 sudu teh garam
sehelai daun pandan disiat dan disimpul
Opsyenal: Boleh juga ditambah bahan lain seperti jagung dalm tin, kacang merah, pisang atau apa sahaja anda mahukan.


Caranya:
1. Rebus keledek kuning bersama keledek oren hingga empuk. Angkat, toskan dan ketepikan. 
2. Rebus tepung cha cha hingga kembang. Angkat, toskan dan ketepikan.
3. Akhir sekali rebus keledek ungu hingga empuk. Angkat, toskan dan ketepikan.
4. Didihkan santan bersama gula, daun pandan dan garam sehingga gula larut, kemudian masukkan kesemua bahan rebus.
5. Gunakan api perlahan, kacau selalu dan masak hingga kuah mendidih. Siap dihidang dan dinikmati!


Foto: Amie's Little Kitchen

Keharmonian warna bahan-bahannya buat mata menjadi segar memandangnya. Betul-betul menggoda seleral! Boleh dicuba untuk dijadikan juadah berbuka sebentar lagi. - CARI
28

Bagus
18

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 30-5-2017 01:57 PM
Astaghfirullahaladzimmm
Quote qistiena 30-5-2017 02:10 PM
baru semalam berbuka dengan bubur cha cha...
Quote imransulaiman 30-5-2017 02:13 PM
Yaaaaaaaaaaaa Allah! Baru 2pm rupanya...! Ingatkan dah jam 5!

Nak tanya - kenapa keledek ungu tu rebus asing? Tak boleh ke rebus sekali dengan keledek kuning dan oren?

*tanya je...bukan pandai buat pun
Quote chinta89 30-5-2017 02:25 PM
imransulaiman replied at 30-5-2017 02:13 PM
Yaaaaaaaaaaaa Allah! Baru 2pm rupanya...! Ingatkan dah jam 5!

Nak tanya - kenapa keledek u ...

iols x sure kenapa.. ke kaler dia 'turun' dan mempengaruhi warna rebusan ubi lain?

iols kalau msak bubur caca mmg x letak benda2 lain like keledek ubi, jagung, kacang.. mmg xde benda2 tu so x tau lah u.. ehehe
Quote SukiChan 30-5-2017 02:27 PM
berwarna warni~
Quote imransulaiman 30-5-2017 02:30 PM
chinta89 replied at 30-5-2017 02:25 PM
iols x sure kenapa.. ke kaler dia 'turun' dan mempengaruhi warna rebusan ubi lain?

iols kalau m ...

Ooooo mungkin sebab takut warna ungu tu merosakkan warna kuning dan oren tu...  

Awak kalau masak, biar lebih sikit ye...nak join makan  
Quote itsmeshikin 30-5-2017 02:33 PM
imransulaiman replied at 30-5-2017 02:13 PM
Yaaaaaaaaaaaa Allah! Baru 2pm rupanya...! Ingatkan dah jam 5!

Nak tanya - kenapa keledek u ...

maybe sebab takot kaler unggu tu menurun ke kaler kuning n oren..
so jadik xcantik kalernye nanti...

sajee jek try jawap..pun bukan pandai buat punnn..
Quote SukiChan 30-5-2017 02:34 PM
boleh makan ke tu ?
Quote chinta89 30-5-2017 02:50 PM
imransulaiman replied at 30-5-2017 02:30 PM
Ooooo mungkin sebab takut warna ungu tu merosakkan warna kuning dan oren tu...   

Awak kalau ...

ckp psl mkn terus rasa lapar
Quote prettyuglybabe 30-5-2017 03:00 PM
renyah nya nak buat.. semua kena rebus asing-asing..
ingatkan tuang segala tunggu masak je..
Quote Zasss777 30-5-2017 03:02 PM
Sedapnyaaaaa!!!
Quote yayangmama 30-5-2017 03:46 PM
saya pernah buat

tapi semua masuk sekali harung je

tapi saya letak keledek oren n tepung cacar

tak rajin nak rebus2 asing
Quote imransulaiman 30-5-2017 05:32 PM
itsmeshikin replied at 30-5-2017 02:33 PM
maybe sebab takot kaler unggu tu menurun ke kaler kuning n oren..
so jadik xcantik kalernye nanti ...

Agaknyalah kan? Hehe... Kita jadi tukang makan sajalah kan? Lagi best...  
Quote imransulaiman 30-5-2017 05:33 PM
chinta89 replied at 30-5-2017 02:50 PM
ckp psl mkn terus rasa lapar

Hahahaha....! Sabaaaaaaaaar... Kejap je lagi magrib  
Quote DeeHanania 30-5-2017 06:30 PM
Faveret kita...cha cha,bubur cha cha kalerful...
Quote sabar_sabariah 31-5-2017 09:37 AM
kalau letak keladi ganti keledek sedap jugak kot ek
Quote nisako 31-5-2017 10:56 AM
sedapnye.....................
Quote cheergirlz 31-5-2017 02:11 PM
haiiilaa..bubur chacha mmg sdap..
Quote lnakass 31-5-2017 03:55 PM
Lama tak mkn. Nak buat la untuk berbuka nnti.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.210082 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top