|
Nur Sajat, antara figura umum yang paling berpengaruh di Malaysia. Bila sebut sahaja namanya, dari budak kecil sehinggalah warga emas pun ramai yang mengenalinya.
Bukan sahaja disebabkan kontroversi dirinya yang dikatakan khunsa, jutawan kosmetik ini juga memang terkenal dengan aksi lincahnya di Instagram. Menari-nari sambil membuat demo memakai bengkung, siapa sahaja tak cair melihat bentuk badan menawan dan wajahnya yang memang cantik! Kalau dulu kecoh mempersoalkan tentang jantina, sekarang pengikutnya di Instagram kecoh mencari siapa agaknya kekasih Sajat sekarang. Kalau rajin 'stalk' laman Instagramnya, memang kerap kali Sajat tayang kekasihnya dengan memuat naik gambar dengan lelaki tersebut.
Dengan gaya manja dan melentuk di bahu kekasih, memang tengah angau habis bercinta! Tapi apa yang tak memuaskan hati pengikutnya adalah Sajat tidak pernah mendedahkan wajah kekasihnya. Hanya badan yang sado sahaja yang ditayang! Disebabkan itu, ramai 'keyboard warrior' mula menghentam Sajat dengan kata-kata negatif dan komen sinis. "Tak payahlah nak duk tayang-tayang bahagia, bukan boleh kahwin pun sama -sama lelaki." "Kalau setakat nak tayang body boyfriend kau, simpan sajalah dalam almari." Kalau sudah namanya netizen, mesti ada sahaja caranya untuk akan mencari siapa sebenarnya lelaki yang selalu ditayang Sajat itu. Meskipun cuba merahsiakan, identiti lelaki tersebut akhirnya terbongkar apabila gambarnya telah tersebar di media sosial. Berdasarkan warna dan corak baju yang serupa, nampaknya memang kelihatan seperti lelaki yang sama. Apa-apa pun hanya Sajat sahaja yang tahu tentang kebenarannya. Kita sebagai orang luar, peminat atau pengikutnya di Instagram tak perlulah menghakimi dirinya. Tak begitu? -CARI
|
|
28
![]() Bagus |
28
![]() Marah |
18
![]() Terkejut |
22
![]() Sedih |
34
![]() Lawak |
27
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


bulan baik ni aku doakan supaya sajat kembali ke pangkal jalan..khunsa ke tak khunsa.. knp dari dulu tak tuka IC siap2 ikut gender yg dia rasa lebih ke arah tu kan.. skrg ni baru gigih nak ckp khunsa bagai, dgn tudung on and off..mcm main2 plk dia ni.. 
satgi dah bosan, cari lain ye dok bamjat? Kalau tak disebabkan bamjat nie masyukkk, ada ke yg nk dekat? I don't think so hehe 

ADVERTISEMENT