Walaupun mempunyai alahan namun ia langsung tidak menjadi penghalang bagi pelakon Amyra Rosli,26 untuk menunaikan ibadah puasa. Sedang hamil empat bulan, Amyra tetap cuba untuk berpuasa penuh namun adakalanya dia kerap muntah.
"Alhamdulillah, saya dan bayi dikandung sihat. Doktor galakkan berpuasa malah ada ubat-ubatan yang perlu saya ambil. Hari pertama Ramadan saya dapat berpuasa penuh," katanya kepada Berita Harian. Menurut aktres drama Isteri Tuan Ihsan ini lagi, dia sudah mulai menyesuaikan diri dengan perubahan biologi tubuhnya. "Ketika awal kehamilan saya tidak ada selera makan. Badan menyusut daripada 45 kilogram (kg) kepada 42 kg. Alhamdulillah, ketika usia kandungan memasuki empat bulan, berat badan saya meningkat dua kg. Muntah-muntah itu perkara biasa dan saya sudah boleh menyesuaikan diri. Malah, baju pun semakin besar sekarang," katanya.
Ditanya tentang jantina bayinya, Amyra memberitahu dia sendiri belum mengetahuinya dan akan memaklumkannya kelak. Dalam masa yang sama, isteri kepada pelakon Amar Baharin ini juga sudah awal-awal lagi menolak sebarang tawaran berlakon namun tetap akan memenuhi undangan ke majlis dan sesi fotografi. Semakin berseri-seri nampaknya bakal ibu ini dan semoga segala urusan dipermudahkan olehNya. -CARI |
11
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
amiekz86 replied at 30-5-2017 10:28 AM
x sabar nk tgk amyra ammar juniaor...
mesti cute mcm mak dia...
CiliPadiSedap replied at 30-5-2017 10:58 AM
ayah dia x cute kan, mak dia je cute
teha86 replied at 30-5-2017 01:28 PM
aku br 5 weeks pregnant.. bole tahan gak loya2..nasib baik lom sampai muntah..so far masih bertahan ...
aqissa replied at 30-5-2017 01:49 PM
Congrats dear...
ADVERTISEMENT