CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Ditemui Dibuang Dalam Tong Sampah, Diberi Nama Mohd Ramadan

29-5-2017 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9932| Komen: 93|Original author: FOTHER-MUCKER

Description: Bayi lelaki yang ditemui dibuang di dalam tong sampah bertutup di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, Temerloh pagi semalam akan diberikan nama Mohd Ramadan.

sumber : internet

Bayi lelaki yang ditemui dibuang di dalam tong sampah bertutup di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, Temerloh pagi semalam akan diberikan nama Mohd Ramadan sempena mengambil keberkatan bulan yang penuh barakah untuk umat Islam.

Demikian yang diberitahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Mutimedia Negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin selepas meluangkan masa hampir setengah jam melawat bayi berkenaan di NICU HOSHAS.

Memetik laporan Bernama, bayi seberat 2.4 kilogram itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di Temerloh.

“Bayi berkenaan berada dalam keadaan baik walaupun terdapat sedikit luka sepanjang tiga sentimeter di atas kepala sebelah kanan dan telah pun menerima dua jahitan. Untuk sementara bayi lelaki ini akan ditempatkan di HOSHAH untuk pemerhatian selama seminggu."


Katanya pihak JKM telah pun menerima banyak permohonan untuk menjadikan bayi berkenaan sebagai anak angkat, namun ia akan mengambil sedikit masa kerana perlu melalui beberapa prosedur tertentu selain hanya boleh dilakukan jika tiada tuntutan hak penjagaan daripada keluarga bayi berkenaan.

Dalam masa yang sama Shahaniza turut menasihati remaja dan wanita di negeri ini supaya menjaga diri dan mengelak diri daripada pergaulan bebas untuk menghindar kejadian hamil luar nikah.- CARI

sumber: https://infoje.com
sumber: https://infoje.com


23

Bagus
19

Marah
35

Terkejut
23

Sedih
30

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 28-5-2017 07:44 PM



SEORANG bayi lelaki yang cukup sifat ditemukan dibuang di dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya 9 di Temerloh, Pahang hari ini.-UTUSAN ONLINE



TEMERLOH 28 Mei - Seorang bayi lelaki baru dilahirkan dijumpai ditinggalkan di dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya 9, di sini hari ini.

Bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat itu ditemukan seorang penduduk yang baru pulang dari menunaikan sembahyang subuh kira-kira pukul 6.20 pagi.


Seorang saksi, Khairuddin Yaakob,56, berkata, bayi berkenaan cukup sifat ketika ditemukan.


“Saya terkejut apabila mendapat tahu bayi dibuang di dalam tong sampah di hadapan rumah saya.


“Pada mulanya saya sangkakan bunyi kucing,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Sementara itu, sumber di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pula berkata, bayi tersebut dipercayai dilahirkan kira-kira tiga atau empat jam sebelum dibuang ke dalam tong sampah tanpa belas kasihan oleh ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...ampah-1.486946


Quote mirebus 28-5-2017 08:18 PM
alahai kesiannya
Quote fishcracker 28-5-2017 08:28 PM
moga perjalanan hidup baby ni dipermudahkan segala urusan,dilimpahi kasih sayang....sedih iol
Quote retnoel 28-5-2017 08:30 PM
Sib baik ada org jumpe..comel ada lesung pipit gittew..smoga kelak baby ni membesar jadi org yg berguna..
Quote MakareyumSuciey 28-5-2017 08:31 PM
Boleh tak i nak baby ni?
Quote prettyuglybabe 28-5-2017 08:33 PM
semoga mak bapak baby ni mampus digelek lori..
Quote slavehunter 28-5-2017 08:46 PM
Sian nye baby ni......bulan Ramadhan pun kene buang....
Quote ronapink 28-5-2017 08:51 PM
penyumbang benihnya bangla kah..
Quote ronapink 28-5-2017 08:52 PM
debab babynya.


moga mak baby ni giler meroyan
Quote lasagnaklcc 28-5-2017 08:54 PM
Mujur jumpa... kalau lambat takut dah kena hempap dgn sampah.
Quote beautifulliar 28-5-2017 08:55 PM
Ya Allah nape la kejam sgt gi buh dlm tong..buat nye dlm tong tu ada kaca or besi aku duk bayangkan mak/bapak budak ni main campak je baby ni..
Quote cap_ayam 28-5-2017 08:57 PM
beautifulliar replied at 28-5-2017 08:55 PM
Ya Allah nape la kejam sgt gi buh dlm tong..buat nye dlm tong tu ada kaca or besi aku duk bayangkan  ...

Tu yang berdarah sikit kepalanya  
Quote che_yatt 28-5-2017 09:01 PM
sian baby ni...lahir2 saja makbapak buang...moga Allah bayar cash pada makbapak baby ni::
Quote akakmasihvogue 28-5-2017 09:12 PM
harap baby ni dapat diserahkan pada  keluarga angkat yg akan menjaganya dengan kasih sayang..
Quote pearl.silver 28-5-2017 09:14 PM
Pakcik ni ada ank dara kat umh x..
Beberapa kali kes rupanya ank sendiri yg buang..
Quote beautifulliar 28-5-2017 09:24 PM
cap_ayam replied at 28-5-2017 08:57 PM
Tu yang berdarah sikit kepalanya

Kesian weh baby br lahir tengah fragile lagi


Quote kiambang 28-5-2017 09:26 PM
Apa nak jadi dengan orang sekarang?:
Quote Deidra 28-5-2017 09:38 PM
Ya Allah gilanya maknosia jaman dajal niiiii!!muga jate dan tino penyumbang kewujudan anak syurga ni mapuh kena kisar mesin simen!
Quote jazaa100 28-5-2017 09:43 PM
Di buang pkl 11 mlm....jumpa pkl 6.20am....

Alhamdulillah.masih hidup.....


Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.370048 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top