Alahai kasihan dengan A&W yang cintanya ditolak mentah-mentah. Apa cerita sebenarnya ni? Adakah akaun rasmi laman sosial mikro Twitter A&W dirampas (hijack)? Bersempena bulan mulia Ramadan tahun ini, A&W Malaysia memuat naik sebuah gambar bagi mempromosikan rutbir (root beer) mereka di laman Twitter dan menyeru orang ramai untuk berbuka puasa dengan menghilangkan dahaga di mana-mana restoran A&W berhampiran. Bagaimanapun, seorang netizen dikenali sebagai Tatty Hassan dipercayai menghidap penyakit gastrik memaklumkan A&W yang penyakitnya akan bertambah teruk jika berbuka dengan rutbir.
Yang lucunya, A&W tidak menasihati Tatty untuk menjaga kesihatannya, sebaliknya twit semula menggunakan 'pick up line' yang agak jiwang! Kalau orang lain dah 'cair' dengan ayat A&W tu, namun bukan Tatty. "Sanggup awak buat saya sakit demi kepentingan awak sendiri?" tulisnya. Siapa sangka A&W Malaysia 'mat bunga' rupanya. Jiwang habislah! Walaupun sudah sedaya upaya mengambil hati Tatty, 'cinta' A&W tetap ditolak mentah-mentah. Netizen yang perasan 'permainan cinta' antara mereka 'bersimpati' dengan nasib A&W. Comel sangatlah A&W Malaysia ni! Tak sangka pula A&W Malaysia jiwang rupanya. Memang terhibur dengan perbualan mereka! - CARI |
21
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
15
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noraidil_06 replied at 29-5-2017 01:01 PM
Duh nk gi kemaman la.minum rutbeer.kt kuantan x de dah
ADVERTISEMENT