Rata-rata mereka yang menerima bantuan bekalan dapur dari abanG semunya pernah menerima PAMPASAN, VSS, SAGUHATI dan KWSP dari hasil mereka bekerja selama bertahun tahun.
Gelap mata Tak tahu menguruskan duit Pelaburan Bayar hutang Enjoy Dan sebagainya INI MEMANG KISAH BENAR YA. Ianya punca mereka-mereka yang abanG jumpa melalui program Empire Food Bank ini menjadi papa kedana/miskin tiada rumah untuk berteduh, tiada keluarga untuk mengadu, tiada kawan untuk meluahkan perasaan, tiada sesiapa yang sudi dekat. “Dulu dulu …. Masa mewah semua dekat , semua sayang, semua rapat, kentut pon wangi, tapi bila dah miskin/susah semua lari ?" itu luahan dari salah seorang penerima bantuan barang dapur abanG.
Kenapa dan di mana silapnya? Lebih menyedihkan lagi apabila anak-anak yang dulu di basuh kencing beraknya, ditatih untuk berjalan, disuapkan susu dan makanan ke mulut, diajar mengaji, diberi pendidikan sehingga peringkat tertinggi KINI buang kedua orang tuanya mereka di caci di maki dibiarkan sebatang kara tanpa belas kasihan dan hanya ihsan org sekeliling menjadi peneman. Benarlah pepatah ada mengatakan “Seorang IBU boleh menjaga 10 orang anaknya TETAPI 10 anak BELUM tentu boleh menjaga SEORANG IBU” Kes sebegini banyak berlaku di sekeliling kita, sedar atau tidak atau kita buat-buat tak nampak…… yang bernasib baik akan ada pihak-pihak kebajikan datang dan ambil mereka ke Rumah orang tua-tua, mana yang tidak bernasib baik tinggalah mereka sendirian di rumah usang, kaki lima,bawah jambatan atau di mana-mana yang di fikirkan selesa. Dengan faktor kesihatan yang kurang baik menambah lagi duka atau sengsara buat mereka….. siapa yang akan bantu mereka ? TIADA SIAPA ! Kesan simpati dan kesian kita tidak kekal lama dan mereka akan terus dilupakan didikan dan agama belom boleh menjamin anak-anak kita akan menjadi Insan yang BERKEBAJIKAN lagi BERTANGGUNGJAWAB di masa akan datang. Untuk kita semua HARI INI adakah kita inginkan masa depan kita sama seperti mereka yang yang abanG bantu? TIDAK ! Semua orang inginkan hari tuanya yang lebih baik, di kelilingi oleh anak-anak dan mempunyai sedikit harta hasil penat lelah selama bekerja. Lakukan sesuatu daripada SEKARANG terapkan nilai-nilai kebajikan dan kasih sayang kepada anak-anak kita, tunjukan sifat kasih sayang dan kebajikan buat anak-anak kita, atur dan laburkan duit ke tempat yang di jamin pulangannya. Apa yang kita lakukan hari ini bukan untuk kita esok hari tapi untuk masa depan kita yang akan datang. Sama-sama kita fikirkan sama-sama kita ubah masa depan yang lebih baik. Ingat! Setiap perbuatan kita HARI INI akan mendapat impak di MASA HADAPAN. abanG bersama team EMPIRE PROJECT menjalankan program bantuan barang dapur kepada 150 keluarga di Kuala Lumpur setiap bulan, daripada 150 keluarga yang di bantu sebahagian daripadanya akan mendapat bantuan 3 bulan berturut-turut. Program ini telah masuk tahun ke 3 di jalankan dan kini abanG bekerjasama dengan sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur dalam membantu pelajar asnaf/miskin menerima bantuan barang dapur ini. Kepada mereka yang ingin turut serta membantu boleh membuat sumbangan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project) - 5640 6143 1661. Ref : Empire Food Bank Like dan follow page FB: Empire Project We Care We Share Like dan follow Instagram : empireproject37 - Love abanG - |
18
Bagus |
24
Marah |
13
Terkejut |
29
Sedih |
14
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jiji85 replied at 27-5-2017 11:18 PM
alu baca sbb nak tau apa punca dia jatuh miskin...tp sampai ke sudah xda sbb n tajuk mcm xda kaitan ...
Jorja replied at 27-5-2017 03:30 AM
“Seorang IBU boleh menjaga 10 orang anaknya TETAPI 10 anak BELUM tentu boleh menjaga SEORANG IBU”
...
Super-M replied at 28-5-2017 08:41 AM
nak buat amal ni bagus, tp saranan aku kalau org ni miskin, tanya dgn jkm, jumpa jkm.. walau dia ckp ...
chinta89 replied at 29-5-2017 10:10 AM
yelah u, sama ngn kawan i cter dia jaga bahagian bab2 kemiskinan.
org miskin ade 2 jenis.
ADVERTISEMENT