Seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Isan, Thailand dengan berat hati terpaksa meletakkan jawatan kerana pihak pengurusannya dikatakan tidak disenang hati dengan gelagatnya yang sering kelihatan seksi dan menggoda ketika waktu kerja.
Memetik laporan The Sun di United Kingdom, foto yang menunjukkan Parichat ‘Pang’ Chatsri, 26, berpakaian seragam jururawat yang agak ketat dengan skirt di atas lutut mengundang komen negatif di media sosial selepas disiarkan di laman web Thai Nurse Lovers Association. Susulan gambar itu disiarkan, Pang menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menuduhnya berpakaian menjolok mata tidak selaras dengan pekerjaannya sebagai seorang jururawat.
Sehubungan perkara itu menjadi viral, Pang telah memohon maaf secara terbuka. “Saya sudah memberi penjelasan kepada pihak pengurusan hospital namun mereka anggap kejadian itu merendahkan imej hospital." “Saya faham dan tidak mahu ia diperbesarkan, jadi saya letak jawatan." “Saya memohon maaf kepada semua Majlis Jururawat dan Bidan Thailand serta pihak hospital,” katanya. Pang turut menjelaskan, dia berhenti kerja kerana enggan masalah yang timbul itu menyusahkan majikannya.- CARI |
3
Bagus |
19
Marah |
18
Terkejut |
9
Sedih |
21
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 26-5-2017 11:11 AM
letak nurse yg tidak berkulit cerah lah
silap2 tak perasan ada nurse walaupun bogel
idril replied at 26-5-2017 11:00 AM
kawan dia lagi cantik....
tp mmg skirt dia pendek sgt..... nanti tertunduk2 nak jab org nampak se ...
ADVERTISEMENT