Sudah empat tahun mendirikan rumah tangga, ini mungkin hadiah paling bermakna buat pasangan merpati dua sejoli ini. Isteri kepada pelakon Fizo Omar yang juga pengasas kepada jenama Tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim, 28 dikhabarkan sudah berbadan dua.
Susulan dari itu, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, 32 tampil untuk menjelaskan situasi sebenar. "Apa yang boleh saya katakan, selagi belum bertemu doktor, saya tidak berani nak sahkan perkara ini secara rasmi. "Memang saya ada syak ke arah itu setelah memerhati status haid isteri kebelakangan ini, tapi itulah, saya tak boleh nak pandai-pandai selagi belum berjumpa doktor," katanya kepada mStar Online.
Menurut bekas finalis Hero Remaja 2007/08 ini lagi mereka berdua akan follow up dengan doktor dalam masa yang terdekat. Kami doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua-duanya. Kalau ada khabar gembira nanti jangan lupa beritahu ya!-CARI
|
15
Bagus |
17
Marah |
7
Terkejut |
24
Sedih |
19
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT