Terlalu cintakan asal usul dirinya yang berketurunan Melayu menyebabkan kanak-kanak ini menangis apabila dipanggil sebagai 'Mat Salleh'.
Maia Sofie Maimunah Oestreich yang baru berusia enam tahun dan adiknya Adinda Freyja Zainab Oestreich, dua tahun ini berpendapat orang Melayu adalah sangat cantik. Kedua-duanya menjadi terkenal apabila satu video yang dikongsikan di Instagram menunjukkan Munah yang fasih berbahasa Melayu menyanyikan lagu kegemarannya, 'Suriram'. Lebih menarik, disebabkan keunikan wajah yang dimiliki kedua-dua beradik ini, mereka ditawarkan untuk menjadi model untuk satu jenama pakaian antarabangsa, Nøstebarn.
Berketurunan Melayu di sebelah ibu dan Norway di sebelah bapa, Munah dan Zainab belajar bertutur Melayu dari ibunya sendiri. Menurut ibunya lagi sebelum ini Munah sering menggunakan perkataan 'aku' tapi telah menukarnya pada 'saya' selepas dihantar ke tadika oleh datuknya ketika mereka pulang bercuti selama tiga bulan ke Malaysia pada tahun 2015. Nak tengok lebih banyak video dua beradik ini boleh tonton di instagram dengan carian #bideomakmunah. Comel sangat bukan? -CARI |
36
Bagus |
32
Marah |
32
Terkejut |
21
Sedih |
20
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harrypoter replied at 22-5-2017 03:22 AM
memang bodohla panggil mat salleh...
org panggil minah salleh...kan pompuan tu
ADVERTISEMENT