CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bermadu Menyamar Jururawat Samun Mangsa, Berjaya Ditumpaskan

21-5-2017 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7260| Komen: 47

Description: Sekumpulan sindiket menyamar sebagai jururawat untuk menyamun mangsa di kalangan suri rumah dan warga tua di sekitar Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas, Negeri Sembilan dan Muadzam Shah Pahang telah ber ...

Sekumpulan sindiket menyamar sebagai jururawat untuk menyamun mangsa di kalangan suri rumah dan warga tua di sekitar Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas, Negeri Sembilan dan Muadzam Shah Pahang telah berjaya ditumpaskan oleh pihak polis.


Berita Harian melaporkan tiga suspek utama telah ditangkap di Kluang, Tangkak dan Muadzam Shah akhir bulan lalu seperti yang dikatakan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat,Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa.

Katanya, dua suspek wanita masing-masing berusia 36 dan 25 adalah bermadu manakala seorang lagi ahli sindiket ialah lelaki berusia 30 tahun.

"Hasil siasatan mendapati suspek lelaki berperanan sebagai penunjuk rumah yang disasarkan kerana mempunyai pengetahuan berkaitan keadaan rumah mangsa kerana pernah datang berurusan menjual penapis air sebelum itu.

"Dua suspek wanita yang bermadu itu pula akan menyamar sebagai jururawat lengkap memakai pakaian seragam dan masuk ke rumah mangsa berpura-pura melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas mangsa sebelum melarikan barang kemas serta wang tunai.


Foto: Carian internet
"Hasil barang kemas yang dicuri akan dijual sebelum dibahagi antara mereka. Dua orang pembeli barang kemas berkenaan turut ditangkap dan resit pembelian turut dirampas.

"Polis turut menemui catatan transaksi jual beli emas hasil curi yang tercatat dalam lapan resit yang berjumlah RM 39,800 dalam tiga serbuan dilakukan di Kluang, Segamat dan Port Dickson," katanya. - CARI 
8

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 21-5-2017 06:53 AM
madu menjadi racun

Quote sebu1 21-5-2017 07:12 AM
Melayu dan madu Dan memcuri berpisah tiade. Betul khennn bangse melayu
Quote TuntungReturn 21-5-2017 07:13 AM
jarang madu leh berpakat.
Quote kiambang 21-5-2017 07:32 AM
Bagus madu macam ni . Kerjasama tu yang penting ... pandai suami membimbing ... masuk lokap pun sesama...
Quote stania83 21-5-2017 07:33 AM
Ni madu lesbian kot ni
Quote minahsenget 21-5-2017 07:50 AM
Mak aiiii punyalah sehati sejiwa
Quote zawara 21-5-2017 08:10 AM
Kentang.Goreng replied at 21-5-2017 06:12 AM
Sabtu, 20 Mei 2017 @ 10:07 PMDua madu menyamar jururawat samun warga tua

BATU PAHAT: Polis me ...

lelaki tu laki depa ka    duit xbyk tapi galak nak kawen dua.. xpasai bini2 kena cari duit lebih
Quote sukacactus 21-5-2017 08:25 AM
zawara replied at 21-5-2017 08:10 AM
lelaki tu laki depa ka    duit xbyk tapi galak nak kawen dua.. xpasai bini2 kena cari duit le ...

Rasanya ada baca kat paper, bukan
Si suami xterlibat
So lps ni dah bleh kawin yg ketiga
Quote fishcracker 21-5-2017 08:26 AM
anak jiran kt kampung iol pun kena tangkap pasal benda ni,buat keje berdua (bukan madu) dengan modus operandi yang sama,target pun warga emas
Quote sukacactus 21-5-2017 08:27 AM
Uniform nurse tu sblm ni pakai buat roleplay merawat suami bertuah
Quote simatakucing 21-5-2017 08:32 AM
Duk dalam rumah pon tak selamat,
Quote helicornia 21-5-2017 09:12 AM
rare sgt story ni
Quote GhostWalking 21-5-2017 09:17 AM
Takde duit jangan bermadu la dek
Quote Zaien 21-5-2017 11:02 AM
Kmain ag tag team mnyamun.  Hahahaaha nk dkt raya ni kan.  Laki x mampu.  So mnyamun la sesama madu wakakakakaak
Quote bawalputih 21-5-2017 11:16 AM
Waahh wahhh... senang idup ko dik. Mkn duit menyamun
Quote xAthenax 21-5-2017 11:25 AM
jarang dengar dengar madu tagteam rapat macam ni
selalu berperang
Quote missDollie 21-5-2017 01:16 PM
Something new and fresh La berita ni..
Quote MsKathryn 21-5-2017 01:52 PM
Apa yg penting... kerjasama!
Quote prettyuglybabe 21-5-2017 02:24 PM
pandai laki deme menyatukan dua isteri

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.334228 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top