CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurulatih Kedah Tak Sangka Rangkul Kejuaraan Piala FA

21-5-2017 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5873| Komen: 59

Description: Tahniah buat pasukan Kedah yang muncul sebagai juara Piala FA buat kali keempat selepas menumpaskan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam malam tadi.Dalam pada itu, jurulatihnya Mohd Nidzam Adzha Yusoff tid ...

Tahniah buat pasukan Kedah yang muncul sebagai juara Piala FA buat kali keempat selepas menumpaskan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam malam tadi.


Dalam pada itu, jurulatihnya Mohd Nidzam Adzha Yusoff tidak menyangka dapat meraih kejuaraan piala tersebut sebagai jurulatih bersama skuad Lang Merah.

Memetik Bernama, Nidzam sebelum ini mengecapi kejayaan sama selaku pemain Perak pada 1990 dan Kedah pada 1996.

"Saya tak pernah jangka akan meraih kejuaraan Piala FA sebanyak dua kali selaku pemain dan hari ini (Sabtu) selaku jurulatih.

"Alhamdulillah, apa yang kita rancang sebelum perlawanan menjadi walaupun terdapat beberapa kesilapan yang kita lakukan pada babak kedua perlawanan," katanya.

Dalam pada itu, Muhd Nidzam Adzha mendedahkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berjanji memberi peluang kepadanya untuk terus melatih skuad Lang Merah sehingga penghujung musim ini. - CARI 


Foto: Bernama
2

Bagus
19

Marah
18

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 19-5-2017 01:35 PM
Piala FA: Ini Agenda Nidzam Adzha     
Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 10:33 AM






                                           (Ubah saiz teks)        


KETUA jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff mempunyai agenda tersendiri dalam perlawanan akhir Piala FA bertemu Pahang di Stadium Shah Alam pada Sabtu.

Legenda skuad hijau kuning itu mendedahkan, setelah berjaya menjulang Piala FA sebanyak dua kali sebagai pemain pada 90-an, kini beliau ingin mendakapnya sebagai jurulatih.

Menurut Mohd Nidzam, beliau tidak menjangka akan mengendalikan pasukan Kedah sebagai ketua jurulatih pada perlawanan akhir Piala FA kali ini.

Bagaimanapun, cabaran itu perlu dihadapinya selepas Tan Cheng Hoe dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya.

"Semua mahu menjadi ketua jurulatih tetapi tanggungjawabnya bukanlah mudah. Ia perlukan tumpuan, dedikasi dan kekuatan mental bagi menhadapi segenap tekanan yang datang.

"Setelah bersama Cheng Hoe dan Kedah sejak 2015, saya tidak menghadapi masalah untuk mengenal pasti keupayaan pemain dan juga corak permainan.

"Corak permainan kita mengikut kemampuan barisan pemain dan kesungguhan. Ia memberikan hasil sejak 2015.

"Tetapi ini bukan keselesaan untuk saya dan pemain kerana banyak juga yang perlu diperbaiki jika inginkan kemenangan," katanya kepada mStar Online.

Mohd Nidzam memberitahu, kemenangan pada separuh akhir lalu tidak boleh dijadikan ukuran bahawa skuadnya mampu sebaliknya memerlukan lebih usaha untuk berjaya.

"Dalam perlawanan akhir ini kita akan bertemu Pahang dan mereka juga layak kerana mempunyai kekuatan tersendiri.

"Apa yang penting kita perlu memberi sepenuh perhatian dan berusaha untuk membawa pulang Piala FA ke Alor Setar semula selepas kali terakhir pada 2008.

"Kita juga tidak terlepas pandang bahawa Pahang akan menurunkan penyerang import baharunya dari Argentina, oleh itu persiapan akan dilakukan sebaik mungkin," ujarnya.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, sorakan penyokong akan menjadi sebahagian daripada kekuatan pemain di atas padang nanti untuk mereka terus berusaha mendapatkan kejayaan.

MS
Quote pearl.silver 19-5-2017 02:26 PM
Tok jib vs tun det

Ada org hantar kat wasap
Quote GhostWalking 19-5-2017 04:54 PM
Kita tengok siapa yang menangggg
Quote lolita737 19-5-2017 05:00 PM
saya sokong KEDAH!!! sbb sy sokong tun M..hehehe..

harap2 game esok pengadil xberat sebelah..
Quote dodifarid 20-5-2017 02:14 AM
Sementara itu di penang presiden persatuan bolasepak pulau pinang masih lagi dengan mood bercinta dan comolot nya.. walau jiran sebelah dah berjaya pi final fa cup..
Quote ronapink 20-5-2017 06:28 AM
simbolik, PM lawan matanPM
Quote Pajeri_Nenas 20-5-2017 06:30 AM
kedah serata rata
Quote felinecat 20-5-2017 06:36 AM
mane bet kuih rayenye ...pertemuan menarik, rsenye perlawanan pon akak ok, berbanding lawan dgn negara uganda selatan
Quote felinecat 20-5-2017 06:37 AM
aok tggu koi dtg ea...walaupon koi org pahang, koi suke loghat kedah lg..hehe
Quote shernazz 20-5-2017 07:42 AM
yang penting iols suka biskut suji..
n cornflakes madu...
kenapa x letak pic kuih raya sekaliiii?
Quote GhostWalking 20-5-2017 08:38 AM
Aku betting 2 bekas tart raya Kedah Menang!
Quote Esmiria 20-5-2017 09:31 AM
x minat bola.
Quote scorpionkiki 20-5-2017 10:20 AM
GhostWalking replied at 20-5-2017 08:38 AM
Aku betting 2 bekas tart raya Kedah Menang!

yg bawah tu nampak sangatlah menggiurkan
Quote GhostWalking 20-5-2017 12:23 PM
scorpionkiki replied at 20-5-2017 02:20 AM
yg bawah tu nampak sangatlah menggiurkan

Kiki sana time posa best pasar ramadhan kat mana?ceq balik next week  
Quote cm_matjawasp 20-5-2017 12:29 PM
Berduyun duyun bas dari Kedah semalam .tiket tentu habis. Sapa kata rakyat menderita bawah Najib??
Quote scorpionkiki 20-5-2017 12:46 PM
GhostWalking replied at 20-5-2017 12:23 PM
Kiki sana time posa best pasar ramadhan kat mana?ceq balik next week

kat tmn mahsuri ada...kat kepala batas pun ada...babe.... balik mana?
Quote zawara 20-5-2017 12:47 PM
GhostWalking replied at 19-5-2017 01:35 PM
Piala FA: Ini Agenda Nidzam Adzha     
Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 10:33 AM


  • ai bet 2besen ketupat palas kedah menang.. tapi sorry ler.. tak minat bola  
    Quote haruslah 20-5-2017 12:51 PM
    Oooo negara selatan x masuk final eh?
    Ooooo lupa piala fa ape la sgt
    Kami minat afc jer
    Korang ada?
    Quote sepiITUindah 20-5-2017 12:57 PM
    hogoh pahang hogoh

    Lihat semua komen(59)


    ADVERTISEMENT



    ADVERTISEMENT


     


     


    ADVERTISEMENT



    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    10-5-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.079597 second(s), 49 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    To Top