CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konon Sakit Perut, Lelaki Bergari Bawa Lari Kereta Polis

20-5-2017 08:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4081| Komen: 16


Seorang lelaki dilaporkan melarikan kereta polis malam semalam dan kini pihak polis Selangor sedang giat memburu suspek.

Suspek yang ditahan di Kota Bharu, Kelantan dikatakan mengadu sakit perut dan muntah dalam kereta. 


"Kereta polis itu kemudian berhenti di Taipan, USJ10 untuk singgah di farmasi untuk membeli ubat dan makanan suspek, pada kira-kira 9 malam.

"Anggota kemudian pergi ke farmasi manakala seorang lagi anggota ambil tisu dan kain untuk lap muntah di but kereta.

“Ketika itulah suspek yang tangannya bergari pergi ke tempat pemandu sebelum membawa lari kenderaan polis itu," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat kepada Harian Metro. 

Menurut Abdul Samah lagi, suspek berusia 32 tahun itu sebelum ini ditangkap pihak polis atas kesalahan pecah amanah. 

Katanya, kereta polis jenis Proton Preve dijumpai semula di Persiaran Kewajipan, USJ5, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi bilik gerakan IPD Subang Jaya di 03-78627100 atau mana-mana balai polis berhampiran. - CARI 

Foto: Carian google
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zaien 20-5-2017 08:07 PM
Dapat balik mmg pijak kan.
Sia2 benti singgah farmasi bagai... Siap muntah org lap kan... Boleh plak lari..
Quote harkktuih 20-5-2017 10:42 PM
Mmg ada dlm sop ke kena benti beli mkn segala?
Quote marla69 20-5-2017 10:55 PM
harkktuih replied at 20-5-2017 10:42 PM
Mmg ada dlm sop ke kena benti beli mkn segala?

Kalau tak berenti, kalau mati how. Kena hal juga kot..serba salah kan
Quote harkktuih 20-5-2017 11:03 PM
marla69 replied at 20-5-2017 10:55 PM
Kalau tak berenti, kalau mati how. Kena hal juga kot..serba salah kan

Safety wise, dia pun x boleh simply bg ubat yg beli di farmasi. Sepatutnya bwk ke pusat kesihatan terdekat.
Quote ronapink 20-5-2017 11:16 PM
harkktuih replied at 20-5-2017 11:03 PM
Safety wise, dia pun x boleh simply bg ubat yg beli di farmasi. Sepatutnya bwk ke pusat kesihatan  ...

xsangka benda nak jadi, gitu la kekdahnya
Quote harkktuih 20-5-2017 11:21 PM
ronapink replied at 20-5-2017 11:16 PM
xsangka benda nak jadi, gitu la kekdahnya

Tu lah kena tgk balik sop..rasa kes penjenayah bwk lari kete polis penah jd sblm ni..
Quote ronapink 20-5-2017 11:42 PM
harkktuih replied at 20-5-2017 11:21 PM
Tu lah kena tgk balik sop..rasa kes penjenayah bwk lari kete polis penah jd sblm ni..

kadang2 guna budi bicara, mcm ni lah..

dah kena gantung keje..

kes pecah amanah kan, bukan la samseng berparang berpistol
Quote lililen 20-5-2017 11:53 PM
Kereta polis xde gps ke nak kesan blk?
Quote che-cikL 21-5-2017 12:22 AM
Jauh tu, tangkap di KB bawa ke USJ. Mmg gitu ya,  bawa naik kereta polis berjam2 ya... Sy mmg tak tahu procedure polis tahan menahan ni... first time baca gini.
Quote swayne 21-5-2017 05:53 AM

Kes pecah amanah polis ya tangkap? Kira memang dah bersalah ya?
Quote chinta89 21-5-2017 02:16 PM
melepaskan anjing tercepiet
Quote ckker 22-5-2017 12:46 AM
melarikan diri
Quote ckker 22-5-2017 12:46 AM
melarikan diri
Quote nisako 22-5-2017 01:34 PM
hahahaaaaa sabo jeeeeeeeeeeeeeee
Quote alisonwee51 22-5-2017 09:08 PM
peluang utk melari
Quote mirandanicky1 22-5-2017 11:54 PM
Lariiii jgn tk lari. Tak lama kau lari tu pun hahah nanti masuk blik siap ko

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.073807 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top