CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Gelabah, Lepas Langgar Van Habis Dirempuhnya Tapak Penjaja

20-5-2017 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9059| Komen: 54


Kecoh jadinya apabila seorang pemandu yang dikatakan mahu mengundurkan kereta namun berakhirnya dengan merempuh tapak penjaja sementara di Lorong Batu, Pulau Pinang.


Kejadian yang berlaku pada 6.30 petang semalam itu dilaporkan telah menyebabkan seramai enam orang awam cedera yang diri daripada peniaga dan juga pelanggan di tapak penjaja berkenaan.

Bukan itu sahaja, memetik laporan The Star, pemandu kereta itu juga terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah van sebelum insiden rempuhan itu berlaku. 

Dalam pada itu, memetik laporan Utusan Malaysia, pemandu kereta berkenaan dipercayai meninggalkan kenderaannya selepas kejadian dan kini polis sedang mengesannya. 

Foto: Mstar

Video kejadian turut menjadi tular di laman sosial selepas netizen menunjukkan mangsa terbaring di tengah jalan manakala keadaan berselarak di lokasi kejadian.

Mangsa kini dilaporkan sedang di rawat di Hospital Pulau Pinang. - CARI 

8

Bagus
14

Marah
20

Terkejut
18

Sedih
45

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kentang.Goreng 20-5-2017 12:59 AM
Edited by Kentang.Goreng at 20-5-2017 02:44 PM


Drebar pengsan masa buat report
Sabtu, 20 Mei 2017 @ 2:04 PM

POLIS ambil keterangan pemandu wanita warga emas untuk bantu mencari punca gerai di Lorong Baru, Jalan Macalister, Georgetown, dilanggar kereta, semalam.

Kemalangan itu menyebabkan pejalan kaki wanita parah manakala tiga lagi cedera dilanggar kereta itu ketika makan di gerai itu pada kejadian 6.35 petang.

Wanita berusia 70 tahun itu tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita itu sebenarnya sudah datang ke IPD Timur Laut dengan ditemani suaminya, semalam.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu pengsan ketika membuat laporan dan kemudiannya dihantar ke klinik untuk rawatan serta pemeriksaan lanjut.

Katanya, wanita itu kemudian hadir semula ke IPDTL, pada  kira-kira 10 pagi ini, untuk membuat laporan dan keterangannya diambil untuk membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan cuai sehingga mendatangkan kecederaan terhadap orang lain.

"Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Polis berkata mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Pulau Pinang dan tiga lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita dirawat sebagai pesakit luar. — Foto ihsan Facebook/kemalangan


Empat cedera, pemandu wanita langgar gerai makan
19 Mei 2017

GEORGE TOWN, 19 Mei — Seorang wanita parah manakala tiga individu lagi cedera ringan apabila pemandu wanita, yang sedang mengundurkan keretanya, dipercayai hilang kawalan lalu melanggar gerai-gerai makanan di Jalan Baru di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Woon Kwee Fong, 59, yang sedang makan di situ, cedera parah di kaki, badan dan kepala dengan keadaannya dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata kemalangan itu berlaku apabila kereta Hyunda yang dipandu wanita itu sedang mengundur dari Jalan Macalister ke Lorong Baru, sebelum melanggar gerai-gerai makanan di tepi jalan berkenaan.

"Kereta itu melanggar empat gerai makanan di situ. Ketika kejadian terdapat empat pelanggan yang sedang makan," katanya di sini, malam ini.

Beliau berkata mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan tiga lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita berusia di antara 25 hingga 48 tahun dirawat sebagai pesakit luar di hospital itu.

Anuar berkata pemandu kereta itu melarikan diri sejurus kemalangan itu.

"Pihak polis sedang giat mengesan wanita itu," katanya.


Sementara itu, peniaga yang mahu dikenali sebagai Huat, 52, berkata semasa kejadian, beliau sedang menggoreng Char Kuew Teow dan empat mangsa berkenaan sedang makan di meja yang terletak di belakang gerainya sebelum tiba-tiba kereta berkenaan mengundur laju lalu melanggar mereka.

"Sebahagian gerai saya dan barang jualan rosak akibat dilanggar kereta itu. Kejadian berlaku dengan pantas.

"Nasib saya tidak cedera," katanya yang kerugian kira-kira RM1,000 akibat kemalangan itu.

Beliau berkata pemandu kereta itu, yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an, terus meninggalkan keretanya di situ ketika orang ramai cuba membantu mangsa yang cedera. — Bernama
Quote Skuau 20-5-2017 01:01 AM
Apasal x kejar...pastu cucuk mata dia ngn garfu tu...biar cam kasim selamat.
Quote CiliPadiSedap 20-5-2017 01:06 AM
perempuan lari semua tak dapat kejar.. makan metaphatamine atau salah cucuk gear?
Quote JohnDeSouza 20-5-2017 01:11 AM
Dok terkejut lg kot
Quote tupaiterbang 20-5-2017 01:46 AM
takpe jumpa gone eng mintak tolong, pastu cakap kereta ada masalah teknikal tak pun ada kad OKU..settle kes
Quote pyropura 20-5-2017 01:54 AM
Aiyaa... mau makan pun susah wooo... bayangkan masa tu tengak makan ikan terubok ka, mau tercekik tulang tuh
Quote Andyscenes 20-5-2017 03:22 AM
Kalau kena tangkap tangan patah tak nnt?
Quote ronapink 20-5-2017 06:25 AM
berani tunggu lagi,

silap2 mati kat situ..


gantung lesen,biar jalan kaki jer
Quote pearl.silver 20-5-2017 06:35 AM
Mesti pompuan tu sekarang separuh mereng dah
Bila eksiden yg dia buat masuk berita
Takut polis datang umh bawa gari
Quote sukacactus 20-5-2017 06:39 AM
Dia pun dgr suara cam kat Times Sq gak ke?
Quote insulin 20-5-2017 06:44 AM
Alahai.. Kenapa la boleh jadi macam ni?

Kesian mangsa2 yang dilanggar...
Quote wajevo 20-5-2017 06:46 AM
Perempuan elok bawak kereta manual aje.  Masuk gear jalan pelan-pelan. Dah banyak kes tertekan salah pedal atau terburu-buru tekan minyak.
Quote AbukRokok 20-5-2017 06:52 AM
OKU kot tetibA dgr suara dari langit suh langgar
no comment
Quote dodifarid 20-5-2017 08:38 AM
Sila jarakkan diri anda sekurangnya 10 meter jika ternampak dalam keta tu sorg pemandu wanita...
Quote renko 20-5-2017 09:06 AM
komen2 sal oku ni
xrasa menghina golongan oku ke ape
Quote dess402 20-5-2017 09:13 AM



ini musti kes makan warung tepi jalan kan .

aku rasa kedua2 pehak patut kena saman .




Quote matamata 20-5-2017 10:02 AM
kalau pompuan lazimnya eksiden tertekan pedal minyak instead of brake...
kalau lelaki pulak selalunya eksiden hilang kawalan sbb laju
kalau eksiden sbb memotong rasanya mcm sama banyak....

itula pemerhatian aku setakat ni
Quote trakea 20-5-2017 10:09 AM
Biasalah. Orang pulau pinang memandu
Quote kiambang 20-5-2017 10:29 AM
Tak bertanggungjawab betul ... dah langgar lari ... manalah sikap kemanusiaan ... pentingkan diri sendiri betul ... nak sangat polis jemput kat rumah .. :

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.038164 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top