Amboi, makin ramai yang nak tunjuk samseng di jalanan sekarang ni. Makin teruk perangai segelintir pemandu di Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa dan umur, semua sama 'naik'.
Seorang lelaki, Ashizi Ikram baru-baru ini memuat naik sebuah status rasa kesalnya terhadap sikap 'kurang ajar' dua wanita yang tidak semenggah di jalan raya. "Petang tadi terjumpa dua perempuan sombong dan bongkak tak kena gaya atas jalan raya, bawa kereta kerajaan jenama Proton Perdana. "Bila nak masuk depan kereta, mereka tak beri laluan, malah kereta saya dihimpit-himpit supaya tidak dapat masuk. "Jalan tiga lorong menuju dua lorong, memang kena masuk juga," tulisnya.
Bagaimanapun, yang membuatkan Ashizi 'menyirap' adalah tindakan wanita itu menangkap gambarnya sambil mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati. "Langgarlah, ini kereta gomen tau," katanya. Sungguh bongkak wanita itu apabila dia sedikitpun tidak kisah apabila dikata sombong. "Suka hati akulah. Aku ada pangkat, kau pangkat apa?" katanya. Ashizi memilih untuk tidak 'membuka aib' wanita itu walaupun dia memiliki video bukti kesalahan jalan raya dilakukan wanita terbabit. "Aku dah hantar gambar dia ke pihak yang sepatutnya sebab aku tiada niat nak aibkan orang. Biar dia dikenakan tindakan mengikut saluran betul," katanya. Sementara itu, Ashizi sempat menasihati netizen supaya hidup janganlah 'menongkat langit' walaupun ada pangkat atau gaji besar. Jangan ada 'double standard' untuk hormat orang. Dalam masa sama, netizen turut memuji tindakan Ashizi kerana tidak mendedahkan semua keburukan wanita terbabit. "Baguslah, tak guna kita dedah kan semua keburukan orang. Nanti Allah dedahkan keburukan kita pula. "Ingat, dunia hanya pinjaman. Biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa. Biar buruk wajah, jangan buruk tingkah laku," komen netizen. Betullah apa yang dikatakan Ashizi itu. Semua yang kita ada hari ini boleh 'ditarik' bila-bila masa sahaja. Tak bawa ke mana pun pangkat harta itu semua. Sama-samalah kita renungkan, ya? - CARI
|
26
Bagus |
28
Marah |
28
Terkejut |
20
Sedih |
39
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
seri_mawr replied at 17-5-2017 11:08 AM
pangkat dlm keje gomen pun nak kecoh....
cikanggun replied at 17-5-2017 11:19 AM
Pangkat keje gomen ni xde laa hebat sgt kan? Pangkat jer laa gah kemain... gaji biasa2 jer... tara ...
seri_mawr replied at 17-5-2017 11:08 AM
pangkat dlm keje gomen pun nak kecoh....
ADVERTISEMENT