Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian. Rasa hari ni malas nak keluar pergi cari makan. Nak masak pun bahan-bahan tak ada kena pergi beli dulu. Jadi apa pilihan anda bila berada dalam situasi seperti begini. Selalunya apa lagi call fast food lah paling mudah dan paling senang.
Dulu hanya ada penghantaran makanan daripada makanan segera sahaja dan tiada banyak pilihan. Asyik-asyik order pizza tak pun order lah burger betul tak. Tapi sekarang zaman dah makin berubah permintaan kepada penghantaran makanan dah makin berkembang. Bukan sahaja makanan segera tapi sekarang makanan ruji pun orang boleh datang hantar sampai ke depan pintu rumah. Pengusaha makanan juga telah pandai mencari market kepada promosi produk makanan mereka. Sebelum ni pengusaha kedai atau gerai hanya berniaga secara konvensional tapi sekarang dah beralih kepada online dan juga service penghantaran. Ini sangat memberi impak kepada jualan pengusaha makanan kerana pengguna tidak perlu habis masa keluar tapi tetap boleh menikmati hidangan yang mereka suka.
Maha pun selalu juga menggunakan service penghantaran makanan ni ke pejabat. Sebab kadang-kadang tak ada masa nak keluar pergi beli makanan kerja yang banyak. Jadi duduk jer kat pejabat angkat telefon dan call jer. Lepas beberapa minit dah sampai depan pintu terus bayar jer. Tapi kena ada minima pembelian lah sebab mungkin nak cover kos penghantaran mereka lah. Ada seorang pengusaha makanan ni yang Maha sempat sembang bersamanya semasa sesi makan-makan kat restoran beliau di Shah Alam. Katanya service penghantaran makanan ini bukan sahaja dapat memudahkan kerja penghantaran makanan mereka tetapi secara tak langsung ia dapat memperkenalkan restoran mereka kepada pembeli-pembeli baru. Contoh yang beliau berikan sangat mudah seperti service penghantaran makanan yang ada service secara dalam talian atau laman web. Dari situ pengguna dapat tengok jenis restoran yang berada berhampiran mereka dan juga pilihan makanan yang ditawarkan pada harga mengikut perbelanjaan mereka. Jadi di situ ia memberi saingan sihat kepada peniaga. Tak kurang hebat juga mereka yang membuat service penghantaran sendiri. Maksud Maha restoran atau pengusaha makanan sendiri yang menyediakan perkhidmatan penghantaran mereka kepada pembeli. Ini lebih fokus kepada pembeli tetap dan mereka yang pernah mencuba makanan mereka. Hebahan tentang service makanan mereka berlaku dari segi pengalaman dari seorang pembeli kepada pembeli yang baru. Ada juga yang membuat service penghantaran makanan ini sebagai kerja sambilan. Ini sebenarnya dapat membantu banyak peluang menjana pendapatan kepada mereka yang mahir selok belok jalan. So tak adalah anak muda ini buang masa dengan perkara tak berfaedah macam yang kita selalu tengok kat jalan raya. Maha ada baca tentang seorang penghantar barang yang melakukan kerja ini secara tetap mengambil upah menghantar dengan bayaran hanya seikhlas hati sahaja. Tapi tetap boleh jana pendapatan beliau setiap bulan dan dalam masa sama dapat membantu mereka yang memerlukan khidmatnya. Sebenarnya kita jangan pandang budak penghantar makanan itu sebagai satu pekerjaan yang tak ada masa depan kerana mereka melakukan kerja lebih mulia sebab nak penuhkan perut orang yang lapar betul tak. Kalau tak ada mereka mana nak sampainya makanan kat depan rumah kita kan. Bagi pengusaha makanan rebut peluang untuk service penghantaran ini kerana ruangnya sangat luas untuk mengembangkan peniagaan anda juga. Maha hanya ambil yang positif sahaja kat sini sebab tak maju sesuatu perniagaan kalau asyik fikir negative jer. Kerana orang yang mampu berjaya adalah orang yang berpandangan positif kehadapan. Kepada pengusaha service penghantaran atau individu yang buat pendapatan melalui service ini pastikan kita bagi service terbaik kepada pelanggan kita. Kerja yang baik melambangkan kejayaan kepada usaha kita. Sedikit sahaja perkongsian Maha kali ini kalau anda rasa ada apa-apa idea yang nak kongsi dengan Maha boleh lah contact maha kat Facebook atau Instagram @Mahamahu. Nanti kita boleh kupaskan beberapa isu yang menarik kat sini sambil berkongsi idea. Selamat maju jaya semua. |
24
Bagus |
23
Marah |
23
Terkejut |
28
Sedih |
20
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ffbeauties replied at 16-5-2017 01:18 PM
Makanan rugi tu makanan macam mana
beautifulliar replied at 16-5-2017 08:04 AM
Tak penah order mknn online ni..hat lauk2 kuih2 sume tu..nk order tp tk reti pastu mls nk berpm pm r ...
WhiskeyScotch replied at 16-5-2017 04:22 PM
Amboi pemalasnya dia.
beautifulliar replied at 16-5-2017 08:27 AM
Bizi konsepnya bang
Kdg2 boring jugok ngn fast food n masakan sendiri sbb ari2 dpn mata..seseka ...
WhiskeyScotch replied at 16-5-2017 04:33 PM
Depa tak pandai berbusiness sampai nak kena PM harga bagai. Service yang menyusahkan customers sam ...
beautifulliar replied at 16-5-2017 08:37 AM
Tp kebanyakan deme mmg suh pm klo nk tau hrga.agaknya mmg gitu cara niage online kot.entoh la.
...
WhiskeyScotch replied at 16-5-2017 04:44 PM
Ohhh dah kena campak. Kalau dah kena campak malaslah nak cari. I hope Nora menang kes tersebut. I ...
beautifulliar replied at 16-5-2017 08:46 AM
Tak play safe
Semoga dijangkiti hiv
WhiskeyScotch replied at 16-5-2017 04:48 PM
No worries. Sekarang HIV dah ada penawarnya. Oooo lalalalala.
Supaya tak OT, nanti nak c ...
beautifulliar replied at 16-5-2017 08:58 AM
Eeh selekeh la dia ni..tk kisah la ada pnawar ke idok tp Hiv?eei nnti tkde nk sape bkawan kang ter ...
ADVERTISEMENT