Selepas mendirikan rumah tangga dengan Tengku Sharuffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang juga kerabat diraja Johor dan Selangor, Juliana Evans mengakui yang kehidupan bertukar menjadi sangat berbeza.
Kalau sebelum ini dia amat selesa berdikari dan melakukan kerja sendiri, kini Juliana agak kekok apabila langkahnya akan diawasi oleh pengawal peribadi setiap kali mahu ke mana-mana. "Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka ada orang ikut saya ke mana sahaja saya pergi, saya mahu bergerak bebas sendiri macam biasa. "Tapi sejak berkahwin suami minta saya biasakan dengan perkara-perkara itu untuk keselamatan, dia marah jika saya keluar seorang diri," ujarnya kepada mStar Online.
Pemilik nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans ini sekarang menetap di kediaman mertuanya di Shah Alam. Biarpun perlu membiasakan diri dengan bantuan pembantu rumah yang ada, dia mahu suaminya makan masakan dari air tangannya sendiri. "Di rumah memang ada pembantu, tapi saya sudah biasa sediakan semua barang keperluan sendiri dan masak sendiri. Alhamdulillah, setakat ini saya sudah sediakan sarapan untuk suami dan masakan makanan ikan bilis tumis. "Suami saya seorang yang tidak cerewet, dia suka makan makanan pedas yang mudah-mudah sahaja," katanya lagi. Didoakan agar pasangan sama cantik sama padan ini akan berbahagia hingga ke akhir hayat. -CARI |
19
Bagus |
19
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
18
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sriwanis replied at 16-5-2017 10:52 AM
Laki die ni klu bukak songkok...nampak x hensem mana.. Klu pakai songkok baru nampak hensem.....
doubleA replied at 16-5-2017 10:45 AM
salah satu persamaan cerita artis lepas kawen ialah masak apa utk suami
ADVERTISEMENT