CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kritik Hospital Kerajaan, Permaisuri Johor 'Tutup Mulut' Lelaki Ini

16-5-2017 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12498| Komen: 39|Original author: Oleh: Maly Rosli

Gara-gara lancang memprovok Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Sultan Idris Shah, seorang lelaki Cina bagaikan buku bertemu ruas apabila DYMM Raja Zarith mengajukan satu soalan yang berjaya 'menutup mulut' lelaki terbabit.




Baru-baru ini, Raja Zarith berkongsi semula status dimuat naik baginda pada tahun 2013 berhubung lawatan ke hospital kerajaan sempena Hari Bulan Sabit Merah.



Malangnya, seorang pengguna Facebook Lee Kee Shan mendakwa perkhidmatan di hospital kerajaan yang masih 'mundur' sehingga mencetuskan 'perang mulut' bersama Permasuri Johor berkenaan termasuk beberapa pengguna lain.


"Encik Lee Kee Shan, apa yang saya tulis adalah berhubung PENJAGAAN KESIHATAN negara - di Amerika jika anda tidak kaya dan tidak mempunyai insurans perubatan, anda tidak akan mampu mendapatkan rawatan perubatan, pembedahan dan ubat-ubatan sepertimana rakyat Malaysia dapat. 

"Dan saya tahu apa yang saya tulis kerana saya mendapatkan dana bagi peralatan perubatan, katil hospital, dan lain-lain untuk HSA (Hospital Sultanah Aminah) dan HSI (Hospital Sultan Ismail)," bidas Raja Zarith.



Lee Kee Shan bagaimanapun membalas untuk tidak mengagungkan perkara baik semata-mata, sebaliknya kerajaan seharusnya menitikberatkan segala kekurangan.

Perang itu berterusan sehinggalah Lee Kee Shan berkata dia sebenarnya tidak peduli dengan Amerika, sebaliknya dia sayangkan negara kelahirannya.



Di sinilah Raja Zarith membidas kenyataan lelaki itu dengan mengajukan soalan 'pedas' sehingga membuatkan dia terus 'tutup mulut'.

"Jadi, apa yang KAMU lakukan untuk negara kelahiran kamu? Kenapa kamu tinggal di New Zealand?" soalnya.



Menerusi ruang komen, dapat dilihat ramai netizen menyebelahi Raja Zarith, dalam masa sama menyatakan rasa bangga dan terima kasih atas perkhidmatan kesihatan negara.

"Walaupun saya tak pernah mengalami sakit kronik, saya pernah menghidapi penyakit seperti kayap dan demam denggi, selain terbabit kemalangan jalan raya.

"Mungkin, tanpa hospital awam saya masih terbaring di tepi jalan lagi," antara komen netizen.


Foto: FB DYMM Zarith Sofiah Idris

Betullah tu apa yang cuba disampaikan DYMM Permaisuri Johor. Kalau betul sayang Malaysia, kenapa menetap di luar negara? Tak begitu? Apapun, mungkin lelaki terbabit memiliki niat yang betul, namun ada sedikit yang kurang betul dari cara penyampaiannya. - CARI
9

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 16-5-2017 11:03 AM
raja zarith sofia ni lagi bagus dri menteri2 lain,
bila org komplen kt tenet ke apa, menteri tu senyap wt bodo tk mcm pemaisuri ni.

klu la menteri bodo tu senyap je,
mcmla negara nk maju, tkle jwb soalan rakyat sndiri
Quote artcrime 16-5-2017 11:27 AM
Apa2 pub ada baik ada buruknya bila menjawab.. tak semua org sehaluan dgn kita.. mcm mana kita nak betulkan mentaliti mcm mamat kiasu ni?
Quote CrowneGlory 16-5-2017 11:28 AM
cash la mendapat dr Queen yg berpelajaran... kalau Queen2 lain akak rasa senyap jah... level of education pun ntah mcm mana
Quote vanillaninja 16-5-2017 11:39 AM
Nampak sangat Permaisuri is well-educated. We don't praising tu apa Lee Kee Shan?
Quote becir 16-5-2017 11:39 AM
A good education will never go to waste.
Quote krustykrab 16-5-2017 11:50 AM
CrowneGlory replied at 16-5-2017 11:28 AM
cash la mendapat dr Queen yg berpelajaran... kalau Queen2 lain akak rasa senyap jah... level of educ ...

zumbaaaa kat ig manjang
Quote tokchik 16-5-2017 11:54 AM
terbaik lh jawabn permaisuri johor berikan
Quote myakayina 16-5-2017 12:15 PM
terus tak terjawab mamat tu..
Quote chinta89 16-5-2017 12:38 PM
CrowneGlory replied at 16-5-2017 11:28 AM
cash la mendapat dr Queen yg berpelajaran... kalau Queen2 lain akak rasa senyap jah... level of educ ...

queen mana tuuuuu
Quote EvieWanKenobi 16-5-2017 01:33 PM
key-board warrior sangat..
mendapat la kan..
Quote missinpiece 16-5-2017 01:42 PM
Kalo muntri sure jawapannye - x suka spital kerajaan yg mundur, g spital swasta
Yg tukang kondem tanpa menyumbang pe2 tula yg sgt2 pathetic
Quote cheergirlz 16-5-2017 02:26 PM
condemn memanjang..facilities dpn mata, saja butakan mata...klu contributed to country xpe jgk..
Quote RatuDunia94 16-5-2017 02:57 PM
Edited by RatuDunia94 at 16-5-2017 02:58 PM

Adakah ni rentetan kes Miss USA 2017 semalam masa final question Miss District Of Columbia dia jawab healthcare is a privilege not a right.
Terus kena bash dgn netizen...

[youtube]aVo66rPbQsg[/youtube]

Quote ainashiqa 16-5-2017 03:11 PM
condemn je..ade je bnda xkena..
Quote Ayda89 16-5-2017 04:02 PM
huhuhuhuh diam terus!
Quote WhiskeyScotch 16-5-2017 04:26 PM
Team Raja Zarith!!! Apa yang permaisuri Johor cakap tu sangat betul.
Quote Artemesiaa 16-5-2017 04:31 PM
Kan dah kene sekolah
Quote swimswim 16-5-2017 04:50 PM
Kah! Royally whooped
Quote swimswim 16-5-2017 04:50 PM
Kah! Royally whooped

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.048785 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top