CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini] Pengasas JJPTR & Orang Kanannya Direman Tiga Hari

16-5-2017 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6617| Komen: 29

Kemaskini : 6.00 Petang 
Pengasas JJPTR, Johnson Lee Direman Tiga Hari Bermula Hari Ini

Tiga individu termasuk pengasas sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR), Johnson Lee Chong Sen, ditahan reman tiga hari bemula hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket pelaburan berasaskan perniagaan Forex membabitkan pelaburan RM1.7 bilion sebentar tadi.

Memetik laporan Astro Awani, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata ketiga-tiga suspek termasuk orang kanan dan pembantu peribadi  adalah warganegara Malaysia, berbangsa Cina dan berusia di antara 28 dan 29 tahun.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan, manakala ketiga-tiga suspek diwakili peguam Mohd. Shukri Ahmad Mansor dan K. Jaya Prem.

Kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada Jumaat lalu, seramai 19 orang terdiri daripada 15 pekerja dan empat pelabur ditahan dalam lapan serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang.

Turut dirampas semasa serbuan terbabit adalah sebuah kereta jenis Honda Accord, lima unit telefon bimbit, pelbagai dokumen berkaitan skim pelaburan JJPTR, buku cek, 11 keping kad debit dan kredit pelbagai bank dan wang tunai RM20,936.- CARI

sumber : Utusan Malaysia



Kemaskini: 9.20 Pagi    
Pengasas Sindiket Skim Pelaburan JJPTR Ditahan Polis!

Susulan sindiket skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) yang menawarkan skim pelaburan didakwa berasaskan perniagaan pertukaran mata wang asing (forex) itu dipercayai telah mengaut keuntungan RM1.7 bilion hasil wang yang dilaburkan mangsa menjadi perhatian pihak kerajaan. 

Jumaat lepas pihak polis telah mengadakan serbuan ke atas premis di lapan lokasi sekitar Pulau Pinang yang membabitkan beberapa buah pejabat serta unit kediaman yang dijadikan pusat operasi sindiket.

Serbuan itu dilakukan bersama pasukan siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cyber Security Malaysia, bermula awal pagi hingga petang.

Perkembangan terkini, menurut laporan Mstar, pengasas sindiket tersebut iaitu Johnson Lee telah ditahan polis di Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 pagi tadi, termasuk dua orang kanannya. 

Difahamkan, sebenarnya Johnson Lee merancang untuk mengadakan jamuan beramai-ramai untuk menjelaskan perkembangan terkini dan permasalahan yang dihadapi JJPTR pada Sabtu ini.- CARI

sumber : internet

19

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trakea 16-5-2017 10:07 AM
Boleh ubah sikit nama jadi Johnson "jailbird" Lee
Quote catalina 16-5-2017 10:15 AM
kah kah kah kah kah....

mampuslah acik2 dlm grp AIM akak....

maner nak cekau duit nak bayo duit utang weekly
Quote aku.semut.merah 16-5-2017 10:19 AM
Mcm2 adooo Malaysia skrg ni
Quote krustykrab 16-5-2017 10:24 AM
tok belagak versi cina
Quote MarryPottet 16-5-2017 10:34 AM
sepandai pandai babi menyondol, akhirnya tersondol dinding lokap
Quote OmJualGas 16-5-2017 10:36 AM
Edited by OmJualGas at 16-5-2017 10:49 AM

Water Beaute World Berhad bakal mampos.

http://www.bnm.gov.my/index.php? ... ment&ac=538&lang=en


http://www.bnm.gov.my/index.php? ... ment&ac=524&lang=bm

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=35&pg=143&ac=84&bb=file


Quote akusukaq 16-5-2017 10:46 AM
yang awal melabur dah untung pun.
yang lambat jgk jadi mangsa.
Quote koko2 16-5-2017 11:18 AM
syukran...aku maseh setia dgn ASB dan TH juga Saham BR...

bole pi mamposss segala UT...@ pelaburan skim cepat kayapppp...
kalian teda tempat di hati ku...
Quote aHoi83 16-5-2017 11:42 AM
Slownya thread ni????? Why ????
Quote cha-cha 16-5-2017 11:49 AM
Semoga ramai lagi penyangak2 ni kena tangkap.
Quote tompie 16-5-2017 11:52 AM
gila nilai pelaburan berbillion kot..
Sampai oversea dia scam je.. memang hebat
tapi ketamakan dia dah menjatuhkan dia..

Kalau dengan duit yang ada dia pegi lari kan boleh tahan lama sikit
ni makin nak buat scam lagi knonnye lagi power..
amik ubat..
jangan kasi keluar dah.. menyusahkan orang je
Quote chinta89 16-5-2017 12:01 PM
sape yg nk kaya tanpa buat kerja? jom join saya.





iklan2 seumpama tu ade lagi yg nk percaya eh??
Quote mummy75 16-5-2017 12:06 PM
bagus la..akhirnya polis amek gak tindakan..dah byk kan company spesis cenggini ada kt mesia tp penguatkuasaan x ketat
Quote mummy75 16-5-2017 12:07 PM
MarryPottet replied at 16-5-2017 10:34 AM
sepandai pandai babi menyondol, akhirnya tersondol dinding lokap

win sgt peribahasa uols sis
Quote ahlisihircute 16-5-2017 12:09 PM
muda lagi pengasasnya.......
Quote mummy75 16-5-2017 12:18 PM
ahlisihircute replied at 16-5-2017 12:09 PM
muda lagi pengasasnya.......

elok la muda2 lagi dah kena tangkap..kot sampai ke tua dia buat camni mg billionaire la
Quote pulauturtle 16-5-2017 12:20 PM
padan muka dia. penipu besar
Quote dodolgemok 16-5-2017 12:33 PM
Acik kepam pprt jah percaya skim goyang kaki dapat duit ni
Quote dodolgemok 16-5-2017 12:34 PM
Jantan lee ni kalau jadi sundal jual badan lagi laku dek dgan muka kau yg acah2 lee min ho tu

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.202026 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top