Kerajaan negeri Terengganu meminta ketua jabatan kerajaan membenarkan kakitangannya menunaikan Solat Dhuha, khususnya pada bulan Ramadan nanti.
Menteri Besarnya, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kakitangan Wisma Darul Iman sudah lama melaksanakannya dan tempoh yang dibenarkan adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Menurutnya, jika ada jabatan yang ingin laksanakannya, mereka mestilah sediakan tempat dan kakitangan kerajaan dibenarkan untuk solat Dhuha dalam tempoh yang dibenarkan. “Kebiasaannya Solat Dhuha mengambil masa 10 minit sahaja, jadi ia tiada masalah kerana bukannya ambil masa yang lama." “Perkara sunat ini sudah lama diamalkan penjawat awam di Wisma Darul Iman dan saya menyarankan agar jabatan-jabatan lain melakukan perkara sama,” katanya. Namun demikian, tegas beliau berikutan masa yang diberi adalah terhad iaitu selama 10 minit, jadi jangan pula ada pihak yang mengambil kesempatan sehingga makan masa satu jam.
“Ini tak boleh, apa yang saya maksudkannya adalah memberi galakan tetapi ia bukannya kemestian, jangan nanti ada yang ambil kesempatan dan kata kena pergi masjid."- CARI |
6
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT