Susulan tahun lalu, kawasan pengeluaran kentang di Hokaido dilanda taufan dan banjir, ianya menyebabkan hasil penuaian teruk terjejas.
Akibatnya jualan keropok kentang terpaksa dihentikan oleh pengeluar utamanya berikutan kekurangan kentang dan sekaligus menyebabkan harga makanan ringan itu meningkat enam kali ganda lebih mahal dari harga biasa. Memetik laporan Bloomberg, sebungkus keropok dijual kira-kira 200 yuan (RM7.65) sebelum itu namun hargnya meninkat lebih daripada 1,250 yen (RM47) sebungkus dalam lelongan dalam talian. Hampir 50 produk dihentikan oleh syarikat pengeluar Calbee dan saingan utamanya Koike-Ya, ini menyebabkan penggemar snek itu berasa panik dan bertindak membeli dalam jumlah bilangan yang banyak sehingga habis di banyak pasaraya. Justeru itu, Jepun hanya membolehkan kentang dari negeri Amerika Syarikat yang dipilih, untuk bulan tertentu dalam setahun dan dengan syarat ia diproses di kilang-kilang berasaskan berhampiran pelabuhan Jepun.
Selain itu, biarpun para pengeluar mula mendapatkan kentang dari Amerika Syarikat namun undang-undang di Jepun mengehadkan jumlah kentang import yang boleh digunakan dalam produk buatan Jepun. Jepun mempunyai dasar melindungi ekonominya untuk pertanian selama bertahun-tahun dan bertindak menyekat barangan segar yang diimport.- CARI |
18
Bagus |
17
Marah |
15
Terkejut |
22
Sedih |
19
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT