Bagi penggemar tomyam, tak sah rasanya jika tak menikmati tomyam putih yang rasanya tak kurang hebat dengan tomyam merah.
Sudah pastinya penyediaannya agak berbeza dengan tomyam merah kerana ia tidak menggunakan pes tomyam. Jom cuba resepi ini, mungkin nampak bahannya agak banyak namun sebenarnya penyediaannya ringkas sahaja. Bahan-bahan: Air secukupnya 1 bj Bawang besar, dipotong baji 5 bj Cili Padi, diketuk 1 inci Halia, diketuk 1 inci Lengkuas, dipotong nipis, diketuk 2 btg Serai, diketuk
2 ulas Bawang putih, diketuk Beberapa helai Daun limau purut 1 bj limau nipis, diambil jus Ayam dicincang saiz yang sesuai 1 sb sos ikan 1/2 batang Lobak merah 50 gm Cendawan tiram 1 bj Tomato 100 gm Bunga Kobis 1 btg Saleri 1/2 sb Susu Pekat manis Garam secukup rasa opsyenal: hirisan sotong segar Cara-caranya: 1. Di dalam periuk, masukkan air, bahan bahan yang diketuk, bawang dan ayam. (dan sotong). 2. Apabila sudah mendidih, masukkan daun limau purut, sos ikan dan garam secukup rasa. 3. Masukkan sayuran (kecuali tomato). Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis. Jangan guna semua kalau sudah cukup rasa. 4. Masukkan susu pekat manis. 5. Apabila sayuran sudah empuk boleh la masukkan tomato. Biarkan seketika dan bolehlah padam kan api. 6. Siap untuk di hidang. - CARI Kredit resipi: FB Resepi Nasi Goreng
|
29
Bagus |
31
Marah |
18
Terkejut |
18
Sedih |
25
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
minahsenget replied at 15-5-2017 11:44 AM
huntonglah,campak2 pun sedap dimakan,.klu i campak2 je,mmg last campak dlm dustbin ler
ADVERTISEMENT