Tentera Korea Selatan menyatakan Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu balistik dari wilayah barat laut. Pejabat Ketua Turus Staf Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan berkata, "Korea Utara melancarkan peluru berpandu itu pagi ini dari lokasi di Kusong, wilayah Pyongan Utara."
Menurut laporan Reuters, peluru berpandu balistik itu terbang sejauh 700 kilometer, beberapa hari selepas presiden baharu Korea Selatan berjanji untuk mengadakan dialog dengan Pyongyang. Jepun berkata, peluru berpandu itu terbang selama 30 minit dan jatuh dalam laut di antara pantai timur Korea Utara dan Jepun. Pekancaran tersebut adalah yang pertama dalam tempoh dua minggu sejak percubaan kali terakhir gagal kerana cuma beberapa minit di udara. Jepun kemudiannya membuat bantahan dan Ketua Setiausaha Kabinetnya, Yoshihide Suga berkata, tindakan Korea Utara itu adalah melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jepun membantah keras tindakan berkenaan. Perdana Menteri, Shinzo Abe mengulangi bantahan itu menerusi komennya, "Pelancaran peluru berpandu Korea Utara secara berulang kali adalah ancaman terbesar kepada negara kami dan jelas melanggar resolusi PBB. Kami akan terus berhubung dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan." -CARI
|
19
Bagus |
19
Marah |
18
Terkejut |
10
Sedih |
20
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MRO replied at 14-5-2017 11:00 AM
Tentera Korea Selatan menyatakan Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu balistik dari wil ...
berusjamban replied at 14-5-2017 08:40 AM
Kat gambar launch tu nampak mcm ada org kt tepi rocket. X terbako ke?
mjla replied at 14-5-2017 11:05 PM
Cepat la depa perang.
Nak tengok sapa yg jd Abu.
Masing tunjuk kuat.
berusjamban replied at 14-5-2017 04:40 PM
Kat gambar launch tu nampak mcm ada org kt tepi rocket. X terbako ke?
ADVERTISEMENT