View: 1825|Reply: 10
|
Lagi Korea Utara Lancar Peluru Berpandu, Terbang 700 Km Ke Lautan Jepun
[Copy link]
|
|
Tentera Korea Selatan menyatakan Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu balistik dari wilayah barat laut.
Pejabat Ketua Turus Staf Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan berkata, "Korea Utara melancarkan peluru berpandu itu pagi ini dari lokasi di Kusong, wilayah Pyongan Utara."
Menurut laporan Reuters, peluru berpandu balistik itu terbang sejauh 700 kilometer, beberapa hari selepas presiden baharu Korea Selatan berjanji untuk mengadakan dialog dengan Pyongyang.
Jepun berkata, peluru berpandu itu terbang selama 30 minit dan jatuh dalam laut di antara pantai timur Korea Utara dan Jepun.
Pekancaran tersebut adalah yang pertama dalam tempoh dua minggu sejak percubaan kali terakhir gagal kerana cuma beberapa minit di udara.
Foto: Reuters
Jepun kemudiannya membuat bantahan dan Ketua Setiausaha Kabinetnya, Yoshihide Suga berkata, tindakan Korea Utara itu adalah melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jepun membantah keras tindakan berkenaan.
Perdana Menteri, Shinzo Abe mengulangi bantahan itu menerusi komennya, "elancaran peluru berpandu Korea Utara secara berulang kali adalah ancaman terbesar kepada negara kami dan jelas melanggar resolusi PBB. Kami akan terus berhubung dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Lantaklah north chickenoreans. Bapok pengecut |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-MRO replied at 14-5-2017 11:00 AM
Tentera Korea Selatan menyatakan Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu balistik dari wil ...
Tak tau buat nuclear warhead yang boleh muat roket kecik tu. Wakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Kat gambar launch tu nampak mcm ada org kt tepi rocket. X terbako ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau peluru berpandu tu gagal di lancar mati kena bunuh jugak bang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cepat la depa perang.
Nak tengok sapa yg jd Abu.
Masing tunjuk kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat la depa perang.
Nak tengok sapa yg jd Abu.
Masing tunjuk kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
mjla replied at 14-5-2017 11:05 PM
Cepat la depa perang.
Nak tengok sapa yg jd Abu.
Masing tunjuk kuat.
Eh jgn la. Trip gi korea akak bln 10 ni. Hope radiasi x sampai sana |
|
|
|
|
|
|
|
Org tu dok dekat sbb nk pasang mancis api kt sumbu rocket tu...
Buat pe ada 2 ekor gajah dok atas lori tu pulok..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|