Penganjur Fenomena Aidilfitri, Syarikat Glass Go Media mengaku bertanggungjawab atas insiden pertelingkahan yang berlaku antara Fasha Sandha dan Nora Danish.
Pengarah syarikat terbabit, Amiruddin Rizuan Ali menjelaskan keputusan menghalang Fasha hadir pada majlis berkenaan dibuat sendiri tanpa sebarang arahan daripada pihak Nora. "Salah faham ini berpunca daripada saya kerana saya langsung tidak bertanya Nora terlebih dahulu. Saya tahu hubungan mereka tidak baik, jadi saya tidak mahu perkara buruk berlaku pada majlis yang saya anggap penting buat saya. Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian Fasha dihalau seperti didakwa," ujarnya kepada mStar Online. Amiruddin juga akan bertemu sendiri dengan dua selebriti itu bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Saya sudah bertemu dengan pihak Nora dan sedang berusaha untuk berjumpa dengan Fasha bagi membetulkan keadaan. Saya sekali lagi memohon maaf kepada Nora dan Fasha kerana menimbulkan konflik ini," tambahnya. Sementara itu Nora Danish yang kecewa telah memfailkan saman fitnah terhadap Fasha dan seorang penulis blog hiburan kerana salah faham ini menjejaskan perniagaannya. "Saya perlu menjaga maruah diri, keluarga dan keluarga mentua. Lebih menyedihkan, insiden yang berlaku memberi kesan buruk kepada perniagaan saya. "Peminat saya juga ada yang sudah beralih arah, sekali gus memberikan pelbagai komen di laman sosial," katanya. Semoga masalah ini dapat diselesaikan segera dan diharap agar kedua-dua artis jelita ini akan berbaik semula. -CARI
|
22
Bagus |
16
Marah |
17
Terkejut |
7
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
parasitology replied at 13-5-2017 01:59 AM
sampai beribu2 komen hentam nora kat ig fasha dan dia biarkan maksudnya dia mengiyakanlah n mmg nak ...
Peliktapibusuk replied at 13-5-2017 01:43 AM
Boleh ke saman sb fasha xsebut nama
ADVERTISEMENT