Jika dahulu produk kecantikan yang digunakan memberi kesan sehingga kulit tampak begitu sempurna. Halus mulus! Namun, lama-kelamaan ia ibarat nanah kepada si pemakainya.
Itulah yang dilalui oleh wanita ini yang dikenali dengan nama Nur Shamira Nadia. Dia yang berkongsi kisah ngeri yang dilaluinya, menceritakan produk kecantikan tempatan yang digunakan hampir dua tahun akhirnya menyebabkan kulitnya menjadi bermasalah. Yang pastinya, produk yang menjadi punca kepada masalah pada wajahnya itu seperti yang dijangka adalah produk tempatan. Ya, lagi produk tempatan membuat hal! Kali ini si mangsa menghadapi masalah ruam pada bahagian wajah seperti biji air yang sangat gatal. Sudahlah dilanda masalah itu, dia yang cuba mendapatkan nasihat daripada pihak yang mengeluarkan produk itu, disuruh pula memakai rangkaian produknya yang lain.
Langsung tak membantu! "Tolonglah jangan iklankan lagi untuk lariskan produk awak yang penipu besar ini. Dah ramai yang kena," tulis wanita yang membahasakan dirinya sebagai Nadia ini. Katanya lagi, tujuan dia berkongsi kisah sedih ini bukanlah mahu meraih simpati, sebaliknya mahu lebih ramai pengguna sedar dan tidak terkena seperti dirinya. Berikut pula merupakan respon dari kalangan netizen lain: Buat masa, perkongsian tersebut mendapat hampir 2,000 kali share dan ternyata ramai yang sangat bimbang dan juga marah dengan produk yang merosakkan kulit wajah itu. - CARI |
9
Bagus |
20
Marah |
21
Terkejut |
10
Sedih |
18
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Felycya replied at 12-5-2017 07:52 PM
Kazen aku pakai tati dh 2 tahun lebih kate dia..
Lepas je dengar berita pasal tati aritu dia terus ...
aderaderker replied at 12-5-2017 07:45 PM
Yg penting Mary Kay punya orang sentiasa mencapub di mana2 ..
kekgebu replied at 12-5-2017 07:51 PM
Wow, dasyat kulit kazen uols. Mmg kebal ye kulit dia. Sbb lps stop pon takat naik 4ketul jerawat j ...
ADVERTISEMENT