Kreativiti dalam menghasilkan makanan memang terbukti tiada batasannya. Dari hidangan warna pelangi seperti mi dan roti unikorn, sehinggalah yang terbaru iaitu Cloud Eggs.
Bukan sahaja rasanya memang benar-benar membangkitkan selera di pagi hari, malah rupanya yang gebu menawan memang sesuai untuk diambil gambar dan dimuat naik di sosial media ya. Persis awan dan matahari, Cloud Eggs memang nampak sangat cantik, rasa sayang mahu dimakan. Disebabkan itulah hidangan ini menjadi kegilaan terbaru di media sosial dan semuanya gila mahu mencuba resipinya sendiri.
Senang sahaja, ini resipinya: 1. Sediakan telur ayam. 2. Asingkan putih dan kuning telur (Pastikan kuningnya tidak pecah) 3. Pukul putih telur sampai mengembang sehingga menghasilkan satu tekstur yang tebal. 4. Boleh campurkan keju, daging dan sebagainya mengikut citarasa sendiri. 5. Bakar telur putih dalam ketuhar 230°C selama lebih kurang 5 minit. 6. Letakkan semula kuning telur tadi di tengahnya dan bakar semula selama 3 minit. 7. Siap untuk dihidangkan. Wah, memang berbaloi untuk dicuba bukan? Boleh juga dijadikan penarik buat anak-anak dan seisi keluarga untuk bersarapan pagi. Selamat mencuba. Jangan lupa untuk ambil gambar sebelum makan dan muat naiknya di Instagram ya! -CARI
|
35
Bagus |
16
Marah |
15
Terkejut |
27
Sedih |
29
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT