Kecur air liur bila melihat buah mangga muda yang berlambak dijual di pasaran. Sudah biasa sangat kalau dimakan bersama kuah rojak atau dicicah dengan serbuk asam.
Apa kata cuba pula rasa berbeza tapi tak kurang hebatnya, resipi turun temurun yang memang menjadi kegemaran ramai ini. Boleh dijadikan sebagai lauk sampingan, resipi Sambal Mangga Nenek ini memang sesuai disediakan untuk menu makan tengah hari dan makan malam. Bahan-bahan 1 biji mangga muda Cili padi (Ikut citarasa, makin banyak makin pedas) Cili kering dikisar
2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 sudu kecil belacan goreng 1 sudu kecil gula merah Garam dan serbuk perasa secukupnya Minyak masak 2 biji limau kasturi Cara-cara 1. Tumis cili padi, cili kering, bawang merah dan bawang putih. 2.Tumbuk bahan-bahan tumisan tadi dengan belacan goreng, gram, serbuk perasa dan gaulkannya sehingga sebati. 3. Masukkan hirisan mangga dan gaulkannya bersama. 4.Tambahkan perahan limau dan siap untuk dihidangkan. Mudah dan sangat menjimatkan masa bagi para isteri dan sesiapa sahaja yang mahukan sesuatu yang ringkas dengan rasa yang hebat. Selamat mencuba! -CARI Kredit resipi: Okezone Lifestyle
|
20
Bagus |
13
Marah |
26
Terkejut |
25
Sedih |
33
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT