Siapa suka dengan kehadiran jerawat pada wajah mahupun mana-mana anggota tubuh? Jangan tipu cakap ada yang tak kisah. Eleh, padahal kalau ada sebiji kat muka, sedar atau tidak tangan tu meti gatal nak mengutil, kan?
Seperti diketahui umum, kehadiran jerawat sangat tak disambut baik. Bagaimanapun, kehadirannya yang disebabkan faktor luaran boleh dirawat dengan mudah. 1. Jerawat yang tumbuh di belakang tubuh atau bahu Jerawat yang tumbuh di belakang tubuh selalunya disebabkan tali beg atau pakaian diperbuat daripada bahan sintetik. Malah mengambil makanan berlemak dan bergoreng juga menjadi penyebab jerawat tumbuh pada kulit mulus anda.
Untuk menghilangkannya, mandilah dengan air garam seminggu sekali, ataupun ganti sabun dengan menggunakan campuran cuka epal dan air dengan nisbah 1:2. 2. Jerawat di dada? Jika jerawat tumbuh di bahagian dada anda, ia adalah disebabkan reaksi alahan kepada serbuk pencuci atau gel mandian. Pengambilan makanan berempah dan makanan laut serta kerap minum air sejuk juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh di bahagian dada. Mudah saja nak merawatnya. Urut tubuh dengan campuran soda penaik dan air ketika mandi. Kemudian bilas bersih dengan air suam. 3. Pernah tumbuh jerawat di leher? Ia boleh berlaku apabila kolar baju terlalu ketat atau alah pada sesejenis bahan pencuci rambut. Cara menghapuskannya adalah lapkan leher anda dengan kapas kesat yang dibasahkan dengan jus lemon atau limau nipis, lalu biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air hangat. 4. Biasa tumbuh jerawat di bahagian lengan? Masalah sistem penghadaman, reaksi alahan kepada bahan pencuci, dan antibiotik boleh menyebabkan jerawat tumbuh mencanak-canak. Kerap mandi di kolam renang atau pergi ke gimnasium memudahkan anda terkena jangkitan kulat yang menyebabkan jerawat. Jika jerawat bukan tumbuh disebabkan kulat, anda boleh menghapuskannya dengan hanya menggunakan jus kentang. Belah dua kentang mentah dan sapukan pada kawasan terjejas jerawat dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Setiap tubuh mempunyai sistem pertahanan tubuh yang berbeza-beza. Mungkin cara di atas sesuai pada sesetengah orang, tetapi tidak untuk anda. Apapun, kita hanya berikhtiar. Tak rugi pun mencuba. Anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar jika masih ragu-ragu. - CARI
|
15
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
16
Sedih |
6
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT