CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Isu Pengacara Hina Bapa Watson Nyambek: Kelakar Yang Tak Kelakar

2-5-2017 04:29 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 7131| Komen: 34


Saya diberitahu ada wartawan hiburan yang merasa “pelik” Watson Nyambek enggan memaafkan Primeworks Studios dan pengacaranya yang “menghina” ayahnya tempoh hari.


Bagaimana ayah Watson “dihina” tak tergamak saya menghurai atau mengulanginya di sini. Lagi pun semua sudah maklum apa yang berlaku sehingga membawa ke peringkat  pihak yang “menghina” memohon maaf dan yang “terhina” enggan menerima kemaafan. 

Dan bagi yang “tidak faham” mengapa Watson bertindak demikian mungkin insiden ini sesuatu yang enteng. No big deal. Sekadar lawak dalam rancangan komedi TV. Dan dah minta maaf pun. Move on lah.  


Namun, secara peribadi saya sokong apa yang Watson lakukan. Malah saya faham mengapa beliau turut membuat laporan polis.Dan ketika artikel ini ditulis beliau dkatakan sedang “fikir fikir” untuk mengambil tindakan undang undang . 


Yang menjadi antara isu besar buat Watson ialah pengacara  rancangan “Sukan Tak Sentral  telah “menyamakan mendiang ayahnya dengan binatang”. Ini berdasarkan kenyataan Watson menerusi media.

Terguris perasaan Watson. Lantas belum boleh memaafkan, “buat masa kini“ walaupun pengurusan Primeworks Studios dan si pengacara bertandang ke Sarawak dan memohon maaf di hadapan media. 

Daripada kata-kata dan tingkah lakunya bolehlah disimpulkan  Watson merasa menjadi tanggungjawabnya sebagai anak untuk membela mendiang ayahnya. 

Mengenai laporan polisnya pula Watson dipetik berkata beliau mahu polis menyiasat. Dalam erti kata lain bekas Raja pecut negara itu “menuntut keadilan.” (Polis diberitakan akan mengambil keterangan si pengacara TV terbabit). 

Dan isu ini turut mencetuskan kemarahan masyarakat Dayak di Sarawak. Apa yang diucapkan si pengacara TV itu dilihat atau dianggap sebagai “mempersendakan nama yang dipakai masyarakat  Dayak”. Selain menghina.


Oleh itu, ketika Watson pergi ke balai polis untuk membuat aduan beliau diiringi ramai masyarakat Dayak. Tanda sokongan.

Beliau dilihat masyarakatnya sebagai pejuang maruah bangsa bukan hanya maruah keluarga sendiri .

Jelas banyak yang diperhitungkan. Ini bukan isu kecil antara individu. 

Rancangan komedi “Sukan Tak Sentral” sudah dihentikan siaran serta mereka. Itu kata CEO Primeworks Studios. Si pengacara digantung perkhidmatan. Untuk berapa lama waullah hualam.

Primeworks Studios menggelar dirinya “the biggest production house in the country”. la milik Media Prima Berhad yang “diterajui” TV3. Asalnya TV3 punyai apa yang dipanggil Jabatan Majalah yang menerbitkan rancangan khusus  mengenai ehwal semasa untuk siarannya.

Apabila Media Prima wujud dan meletakkan TV3, nt7, TV8 dan TV9 di bawah sayapnya Primeworks Studios ditubuhkan pada  2008 untuk mengambil alih tugas Jabatan Majalah menerbit pelbagai rancangan untuk siaran rangkaian TVnya .


Sama ada tindakan menghentikan rancangan Sukan Tak Sentral sesuatu yang tepat sebaliknya. Atau sekadar untuk meredakan keadaan dan mengelak dibawa ke mahkamah -- terpulang kepada umum menilainya.

Saya tanya beberapa teman di Primeworks Studios mengenai isu “menghina ayah Watson“ ini . 

Ini antara komen yang diberi, ”Biasalah bro, company banyak duit, mereka nak amal jariah“.

Itu perli namanya.Saya faham akan maksud mereka. Tentu juga anda.  
38

Bagus
23

Marah
27

Terkejut
18

Sedih
20

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (154 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI_Kolumnis 2-5-2017 04:32 PM
Edited by CARI_Kolumnis at 2-5-2017 04:35 PM

utk para pembaca sekalian, artikel ini adalah disiarkan dalam segmen KOLUMNIS @cari di portal utama CARI (homepage CARI)...

Utk baca tulisan lain dalam segmen KOLUMNIS @CARI boleh klik ke sini: ---> https://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=list&catid=135
kolumnisss.jpg
Quote kasibiman 2-5-2017 05:02 PM
apa beza bebenang ini dgn promo blog sendiri?

#soklanretorik
Quote Pajeri_Nenas 2-5-2017 05:10 PM
motip takut dhencap
Quote Sandal 2-5-2017 05:21 PM
”Biasalah bro, company banyak duit, mereka nak amal jariah“
Senang je cakap, dah hina main2kan nama ayah orang.
Tu bukan skali siaran, siap ada siaran ulangan lagi.
Siaran satu m'sia pulak tu.

Klu rasa kompeni banyak duit, antar la pegi kursus pendidikan moral ke, kelas agama ke supaya kurang sikit kurang ajar tu.
Atau amik orang yang benar2 berkualiti untuk mengacara, ni tak, dok gaji malaun2 xde kualiti jadi pengacara.

Kalu orang hina ayah aku depan2 aku, sure merasa makan tanah.

Quote Modngengade 2-5-2017 05:22 PM
cash lah kan mulut longkang mcm heshe
Quote AbukRokok 2-5-2017 05:31 PM
HAHAHAHA kelakau plak tengok pada sukan tak sentral..masa ajuk kemain xsedar diri termuncung2 mulut
dah kne marah dah ala ala Jisr Al Sughur mukanya
Quote tripleid 2-5-2017 05:41 PM
move on je lah..pdahal dlm hati wakson sujud sukur je  sbb ada can bleh saman tv3 juta2..org buat lawak pkai nama bapak xde la sakit smpai bleh mati pn.sakit hati je,tu pn skejap..
Quote cha-cha 2-5-2017 05:44 PM
Aku harap dia simpan screenshot mulut dia tengah mengembek tu, tunjuk kat anak cucu dia nanti "ni lah gambar atok sebelum atok kecut teloq nangis nangis mintak ampun".

Sialan!   :
Quote cik-jaja 2-5-2017 05:59 PM
sebelum buat tak beringat..tak berlapik langsung..
Quote buragazz 2-5-2017 06:07 PM
Menangis konon...  pergi kau mengacara disana kenapa kau menagis disini..

Salam mesra dari Nyonya Mansor
Quote lr7 2-5-2017 06:14 PM
kalau asyik mnta maaf n kes selesai..smpi bila society ni nak belajar hormat dgn org lain?sokong watson Mbil tindakan undang2 n saman tv3 juta2 punya..lantak la air mata darah sekalipun keluar..org mcm ni patut diajar..mcm dah dah xde adab n tatasusila dah aku tgok rncgn tu..
Quote ronapink 2-5-2017 06:15 PM
esal dahulu pendapatan
Quote siskepoh 2-5-2017 06:35 PM
tulaaa. mulot xreti jaga. bapak orag dibuat main2. ha mendapat
Quote PEPPERMAN 2-5-2017 06:39 PM
Kalau lah ZedZaidi meneruskan saman ke atas NajipAli tempohari,
dah tentu warga pengacara akan lebih beringat..
Quote Mary_jane 2-5-2017 07:02 PM
Tapi bukan watson ni je dia ajuk, si fina mentor milenia tu pun dia ajuk gak. Tak boleh hadam betul i perangai ammar ni. Macam budak2.
Quote cHimo 2-5-2017 07:17 PM
tripleid replied at 2-5-2017 05:41 PM
move on je lah..pdahal dlm hati wakson sujud sukur je  sbb ada can bleh saman tv3 juta2..org buat  ...

Oh kalau bapak ko disamakan mcm binatang kat tv ok tak? Dan yang samakan bapak ko mcm binatang tuh bukan kawan ko pun.. Ko tak kenal pun.. Ko pikir sama ke dgn kes kwn main2 ejek nama bapak?   nampak sangat ko tengok suatu benda dari satu sudut jaa..    
Quote grouper 2-5-2017 07:31 PM
Kalau org dah mintak maaf ngan ikhlas
Quote aku.semut.merah 2-5-2017 07:36 PM
Padan muka ko sekali lagi. Aku sokong je kalau watson nak saman.
Quote Minyakyuyi 2-5-2017 07:39 PM
Nk gostan balik xbleh ammar oiii...hadap la semua ni. Aku yg tgk vid tu pn rs mnyampah..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.064968 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top