Syarikat perkhidmatan perkongsian pengangkutan, Uber dilaporkan mahu melancarkan sistem ‘kereta terbang’ bagi memudahkan orang ramai bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
Portal New York Post melaporkan, projek itu akan dilaksanakan menjelang tahun 2020 dengan mengkhusus perkhidmatannya di kawasan bandar. Ianya dijalankan hasil kerjasama dengan beberapa syarikat yang terlibat dalam penghasilan pesawat termasuk Embraer dan Bell Helicopter. Selain itu, dua buah bandar akan bekerjasama bagi menjayakan perkhidmatan itu pada peringkat permulaan iaitu Dallas di Amerika Syarikat (AS) dan Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE). “Pelanggan hanya perlu menekan butang dan akan merasai penerbangan berkelajuan tinggi ketika dibawa mengelilingi bandar,” kata Uber dalam satu kenyataan di Carlifonia.
Uber berkata, meskipun perkhidmatan terbaharu itu lebih canggih, namun kos untuk menggunakannya tidak jauh berbeza berbanding menaiki kereta biasa. ‘Kereta terbang’ itu dilaporkan akan membuat penampilan ‘sulung’ ketika mengambil bahagian dalam demonstrasi Uber Elevate Network pada Ekspo Sedunia 2020 di Dubai.- CARI |
21
Bagus |
16
Marah |
22
Terkejut |
14
Sedih |
18
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT