Tidak kiralah apa jua sekalipun pencarian rezeki yang anda perolehi sekalipun. Ada cara mudah dan ada cara yang susah, yang penting usaha dalam mencari rezeki yang berkat itu penting. Tiada istilah rezeki datang bergolek tanpa sebarang usaha.
Dengan hanya mengitar semula surat khabar dan majalah lama, seorang lelaki berusia 86 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat telah berjaya mengumpul wang sebanyak USD400,00 (RM1.74 juta). Memetik laporan CNN, kerja-kerja pengumpulan barangan terpakai itu mula dilakukan warga emas tersebut yang dikenali sebagai Johnny Jennings sejak 32 tahun lalu. Difahamkan, amalan kitar semula itu dilakukannya adalah untuk mendidik anaknya agar sentiasa menabung dan mengurus kewangan dengan baik. Jelasnya, hasil aktiviti kitar semula yang dilakukan itu telah menjalinkan hubungan erat dengan anaknya menerusi kerjasama mengumpul barangan terpakai yang boleh dikitar semula sambil menjana pendapatan buat keluarga mereka hasil jualan barangan terpakai itu.
Pada tahun 2016, wang yang dikumpul oleh Johnny hasil daripada jualan barangan terpakai adalah berjumlah USD 32,040 (RM139,325). Dia kemudian memilih untuk menderma wangnya kepada badan kebajikan iaitu Rumah Kanak-kanak dan Keluarga Georgia.- CARI |
10
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
2
Sedih |
2
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT