CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Langgar Kontrak, Azrel Dan Risteena Kena Saman RM1.5 Juta

28-4-2017 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14132| Komen: 37|Original author: Oleh: Maly Rosli

Macam-macam hal la selebriti tanah air hari ini. Kontroversi sana-sini, bikin 'penonton' bersorak ria sahaja.

Begitu juga keadaannya pelakon Yes Sir Nak Pergi Mana?, Azrel Ismail dan Nur Risteena Munim yang masing-masing berdepan tuntutan saman ganti rugi RM1.5 juta atas dakwaan melanggar kontrak produksi JNI Creative Sdn Bhd yang menerbitkan drama lakonan mereka.



Foto: IG Azrel Ismail

Foto: IG  Nur Risteena Munim

Terdahulu, kedua-dua pelakon itu mengeluarkan dakwaan produksi berkenaan gagal melunaskan baki bayaran seharusnya diterima mereka.


Memetik BH Online, wakil peguam JNI Creative, Mohd Fadly Hashim berkata produksi memberi tempoh 14 hari kepada pelakon terbabit untuk menjawab notis yang dikeluarkan pada Khamis.

"Notis tuntutan saman ini dikeluarkan kerana kedua-dua pelakon terbabit didapati melanggar kontrak apabila gagal menghabiskan baki penggambaran dalam tempoh ditetapkan. 

"Malah, kenyataan mereka yang mendakwa produksi belum menjelaskan bayaran tertunggak dan membuat laporan polis turut mencalarkan reputasi produksi," katanya.


Foto: BH Online

Menepis kenyataan dikeluarkan kedua-dua pelakon terbabit, wakil JNI Creative Sdn Bhd Muhibbudin Ahmad meluahkan rasa kecewa dan terkilannya.

"Seperti dinyatakan dalam kontrak, semua pelakon akan dibayar secara empat peringkat. Sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan dibayar pada hari pertama mereka di lokasi, bayaran kedua iaitu 20 peratus pula sebaik saja selesai penggambaran 15 episod. 

"Sebanyak 35 peratus lagi akan dibayar apabila semua 30 episod selesai, manakala baki 15 peratus pula akan dijelaskan pada hari pelancaran drama berkenaan. 

"Bagaimanapun dalam hal ini, Azrel dan Risteena hanya menyiapkan 13 episod dan sebagai pelakon utama, keengganan mereka meneruskan penggambaran berbaki 17 episod lagi membuatkan kos semakin meningkat, sekali gus membuatkan produksi menanggung kerugian," jelasnya.

Foto: Harian Metro

Bagaimanapun, tuntutan saman itu mungkin boleh ditarik balik andai kata kedua-dua pihak dapat duduk berbincang dan capai kata sepakat.

Apa pandangan anda mengenai lambakan artis tanah air masa kini? - CARI
25

Bagus
23

Marah
23

Terkejut
29

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 27-4-2017 09:26 PM
Lah sape tak paham sebenarnya ni?
Quote kakiseboksebok 27-4-2017 09:27 PM
doubleA replied at 27-4-2017 01:26 PM
Lah sape tak paham sebenarnya ni?

Entah chuols. Saman baru file. Tunggu apa diorang respons.
Quote samasam90 27-4-2017 09:31 PM
motif nak berdrama.? apa lah yg ketagih sangat tu sampai tak sempat nak tunggu.  i is curious
Quote Aduradura 27-4-2017 09:32 PM
Boleh tak nk who rrrrr yusssss TT
Quote kakiseboksebok 27-4-2017 09:33 PM
Aduradura replied at 27-4-2017 01:32 PM
Boleh tak nk who rrrrr yusssss TT

Boleh sbb meols pun nak who r yus kan dua ekor ni  
Quote kakiseboksebok 27-4-2017 09:34 PM
samasam90 replied at 27-4-2017 01:31 PM
motif nak berdrama.? apa lah yg ketagih sangat tu sampai tak sempat nak tunggu.  i is curious

Nampak mcm terdesak nak pakai duit sampai nak report polis bagai
Quote adelea 27-4-2017 09:36 PM
masa sign contract tak check ke schedule payment ... aduyaiii , bukan baru berlakon abg2 kakak oii
Quote bellxx 27-4-2017 09:36 PM
kejap iolls lupa risteena mana satu hahahahah
Quote sepitsiput 27-4-2017 09:39 PM
dua dua who are yuss...


yg meols tahu di Azrel ni klon remy dan pernah kapel dgn Ruhantu adiknya Ristina ni...tap dua2 haram meoks pernah tgk dlm TV....pelakonke?
Quote CiliPadiSedap 27-4-2017 10:06 PM
akak ingat dulu ada orang tua nak saman achong, lava peYno.. agaknya ap cerita orang tua tu?
Quote cekelatkopi 27-4-2017 10:14 PM
Mcm salah retis je tak sabo sabo nak duitke contract kali ni lain mcm sket sampai dorg baca tak habis
Quote Makcik727 27-4-2017 10:27 PM
Dh ade thread ni. Theyolls buat report sbb lepas shoot 13 ep production mcm sengaja lengah2 kn lagi balance 2 ep tu.  So bila tak complete 15 ep tak blh bayar lg. Risteena ni ade job lain dh tgu and disebabkn production ni dok lengah2 die takut melepas job lain so no choice buat report.
Quote akumak 28-4-2017 12:38 AM
mlm ni dah 2 cerita saman aku baca. adoilaaaa
Quote adel7 28-4-2017 12:55 AM
Percubaan utk naikkan rating drama ke?
Quote MsKathryn 28-4-2017 01:37 AM
bellxx replied at 27-4-2017 09:36 PM
kejap iolls lupa risteena mana satu hahahahah

Kakak ruhainies dato red  
Quote RatuDunia94 28-4-2017 01:52 AM
Azrel ni manboobs heols x menaham yach.. Jelas gila.. Kalo pakai tshirt nampak samgat.. Kadang heols tpaksa pakai baju 3 lapis utk cover manboobs heols..
Quote rayna_raynes 28-4-2017 06:20 AM
Risteena bukan anak org kaya ke? Motif hadap payment sendu?
Quote mieymiey 28-4-2017 06:55 AM
Klon Remy Sehak bergabung dengan bekas bakal kakak ipar dia ker?
Quote jointhecurse 28-4-2017 07:16 AM
Sendunya lahai

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.148015 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top