CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dianggarkan 8,000 Tan Makanan Dibazirkan Rakyat Malaysia Dalam Satu Hari

28-4-2017 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2092| Komen: 9

Kita sering mendengar isu keselamatan makanan atau 'food security'. Bayangkan betapa ngeri memikirkan jika dunia dan manusia di dalamnya ketiadaan atau kehabisan makanan. 


Akan tetapi, dalam masa yang sama jutaan tan makanan menjadi sisa yang dibuang disebabkan budaya kepenggunaan kita yang tidak terkawal, tanpa batas.

Yang menyedihkan, tahukah anda dalam satu hari rakyat Malaysia dianggarkan membuang sehingga 8,000 tan makanan yang bersamaan jumlah untuk keperluan tujuh juta orang. 

Memetik laporan Astro Awani, jumlah itu didedahkan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Nor Siti Aishah Said ketika seminar ''Feed People, Not Landfills'' di Petaling Jaya kelmarin. 

Tambah Nor Siti Aishah Said, pembuangan makanan itu merangkumi sepanjang proses persiapan, pengeluaran dan pemprosesan sesuatu makanan serta sesi makan. 

"Keadaan itu menjadikan makanan sebagai komposisi tertinggi iaitu 45 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah di negara ini."

Bagaimanapun, tegasnya keadaan ini boleh dielakkan sekiranya rakyat Malaysia lebih perihatin dalam soal pengambilan makanan dengan hanya memakan makanan yang diperlukan sahaja.

Sementara itu, Dekan Kluster Penyelidikan Sustainability Science Universiti Malaya Profesor Madya Dr Sumiani Yusoff berkata pembuangan sisa makanan bukan hanya sesuatu yang membazir malah mengancam alam sekitar.

"Sisa makanan di tapak pelupusan sampah akan menghasilkan gas metana yang tinggi selain larut resapan yang sangat kotor sehingga memberi kesan kepada sungai dan sumber air bawah tanah," katanya lagi.- CARI

sumber : http://www.mynewshub.cc

8

Bagus
16

Marah

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ffbeauties 28-4-2017 11:21 AM
Sejak tengok iklan tv yg buat mcm2 makanan, nasi kerabu etc pastu buang je dlm ting sampah ..i dah cuba jd insan yg lebih berhemah dan tak membazir makanan.. insoff
Quote sheqim 28-4-2017 12:56 PM
Mertua ai antara yg suka masak2 byk pastu xabis 2-3 ari then buang.. penyumbang pembaziran.. hmm
Quote RatuDunia94 28-4-2017 01:07 PM
Plg byk bulan puasa la.. Next month dh nak pose ko tgok pesta buang makanan..
Quote cheergirlz 28-4-2017 03:51 PM
ini mmg x dinafikan...kaya makanan sgt katenyer...
Quote Jorja 29-4-2017 06:56 AM
I dari anak dara lagi kalau makan kt luar pinggan misti kosong..tak kisahlah orang ejek kuat makan ke.. kadang tu bila nak order makanan akan minta nasi ke mee ke separuh je! Lepas tu haruslah org kedai tu kata "alah harga sama juga" terus i jawab "tak kisah..cuma takut tak habis saya tak mau membazir"..kalau kt rumah ada makann basi coz I tak habiskn esoknya akan hukum diri sendiri makan biskut kering je gara2 buang makanan
Quote bijigetah 29-4-2017 09:02 AM
Baziran Nasional
Quote framecermin 29-4-2017 09:59 AM
rumah aku tak pernah bazir... buat makanan sekadar yg nak dimakan je
Quote mejaputih 29-4-2017 10:04 AM
Rasanya dah 3 kali baca tajuk yg sama kat cari ni..tp x pasti artikel yg sama or tidak tapi tahun berlainan...bende yg diulang2 tp pihak yg membazir tul x baca pun artikel ni..so dorg x heran pun...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.369144 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top