CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaskini: Pelajar Tahfiz Yang Didera, Mohamad Thaqif Amin Meninggal Dunia

26-4-2017 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 42453| Komen: 482|Original author: Nasi_Lemak_Kau


Kemaskini : 3.05 petang 
Pelajar Tahfiz Yang Didera, Mohamad Thaqif Amin Meninggal Dunia


Pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru sebentar tadi.

Memetik laporan mstar, bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim mengesahkan bahawa anaknya meninggal dunia pada kira-kira pukul 2.05 petang tadi ketika mereka sedang membaca doa kepadanya.

Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di sini Rabu lalu susulan kakinya bertukar hitam selepas dilapor dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya.

Kedua belah kakinya terpaksa dipotong Jumaat lalu bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.- CARI

sumber : Berita Harian




Kemaskini: 2.20 petang 
Jantung Tidak Stabil, Pembedahan Tangan Pelajar Tahfiz Ditangguh

Pembedahan tangan kanan Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang dijadual dilakukan pagi ini telah ditangguhkan.

Memetik laporan Bernama, ibu saudaranya Dzuraidah Ahmad berkata ia ditangguhkan berikutan keadaan jantung pelajar thafiz itu dilapor berada dalam keadaan tidak stabil.

“Mohamad Thaqif Amin sepatutnya dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi ini."

“Bagaimanapun pembedahan kini ditangguhkan sehingga jantungnya kembali stabil,” katanya.

sumber foto: Berita Harian




Kemaskini: 11.35 pagi 
Elak Kuman Merebak, Tangan Pelajar Tahfiz Kena Potong

Akibat jangkitan kuman, murid lelaki berusia 11 tahun yang didakwa dipukul pembantu warden di madrasah tahfiz di Kota Tinggi kini dikatakan perlu menjalani pembedahan memotong tangannya bagi mengelakan kuman merebak ke bahagian badan yang lain.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad yang memaklumkan pembedahan akan berlangsung pagi ini. 

Tambahnya, keputusan tersebut diambil selepas mendapat nasihat doktor Hospital Sultan Ismail yang sebelum ini telah melakukan pemantauan ke atas tangan kanan dan meskipun keluarga sebelum ini enggan membenarkan anggota tubuh kanak-kanak itu dipotong selepas kehilangan kedua-dua kakinya.

“Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kita ikut pada kata doktor meskipun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak dipotong,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada Jumaat lalu, diikuti pembedahan tangan kanan bagi membuang darah beku, beberapa hari kemudian.- CARI

sumber : www.jiwangmedia.com

23

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
31

Sedih
44

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nasi_Lemak_Kau 22-4-2017 09:54 AM
sampai kena potong tangan & kaki... kena jangkitan bakteria Necrotizing Fasciitis?   
Quote Nasi_Lemak_Kau 22-4-2017 09:56 AM
https://www.facebook.com/dayangthaqifah/posts/1313954148657701

[fbp]https://www.facebook.com/dayangthaqifah/posts/1313954148657701[/fbp]
Quote OmJualGas 22-4-2017 09:58 AM
Pembantu warden teroris...
Quote Nasi_Lemak_Kau 22-4-2017 10:03 AM
OmJualGas replied at 22-4-2017 01:58 AM
Pembantu warden teroris...

aku suspek budak tu kebetulan kena jangkitan bakteria...... apa laa sangat kena sebat dgn paip getah.....  
Quote OmJualGas 22-4-2017 10:07 AM
Edited by OmJualGas at 27-4-2017 03:41 PM
Nasi_Lemak_Kau replied at 22-4-2017 10:03 AM
aku suspek budak tu kebetulan kena jangkitan bakteria...... apa laa sangat kena sebat dgn paip get ...

God works in myterious ways la ni
Quote kelibat 22-4-2017 10:12 AM
it's so sad to read something like this..
Quote Nasi_Lemak_Kau 22-4-2017 10:19 AM
kelibat replied at 22-4-2017 02:12 AM
it's so sad to read something like this..

budak tu elok je berjalan balik...... sah2 ntah kat mana dia kena jangkitan bakteria   
Quote rosasa 22-4-2017 10:24 AM
ya allah
Quote kuzaime 22-4-2017 10:28 AM
Sesak nafas baca berita2 mcm ni..
Quote grouper 22-4-2017 10:31 AM
Kena rotan smpai potong kaki? Lambat terima rawatan ke ape ni..ada kencing manis? X paham aku
Quote cecari 22-4-2017 10:32 AM
mmg agak musykil sekadar tibai di tapak kaki boleh jadi begitu sekali.... lebih2 lagi pelajar lain yg juga kena hukum begitu tiada apa2 pun.  Kesian pada adik tu kesian sangat... harap bertabah. dan juga kesian juga pada pembantu warden tu . hmmm
Quote Changa 22-4-2017 10:33 AM
Percaya lagi orang keagamaan
Quote white_musk 22-4-2017 10:38 AM
Takpe... Kaki dipotong masih boleh hafal Quran. Maknya x rasa INI ujian awloh ke? Kena terima dgn hati terbuka tau. Tak terima maksudnya tak de iman lah tu
Quote CiliPadiSedap 22-4-2017 10:40 AM
biarlah doctor berbicara.. akak yang HO tak habis lagi ni pun tak berani nak komen tanpa lihat anggota kaki tersebut..

uols yang spm repeat 4 kali ni toksahlah tambah perisa.. biar doctor yang pakar berbicara post mortem dan bantu polis..kita ni biology kelas pun ponteng ada hati nak sembang kuman di kaki cukup2lah jadi munafik..
Quote alieyrina 22-4-2017 10:46 AM
Kenapa nak sebat org teruk2 pun aku xtau..buat penat jah..baik tidoq
Quote miszclassique 22-4-2017 10:56 AM
grouper replied at 22-4-2017 10:31 AM
Kena rotan smpai potong kaki? Lambat terima rawatan ke ape ni..ada kencing manis? X paham aku

Baca dari artikel tu katanya Darah beku..tp lambat sedar ingatkan takde apa2..
Quote Radzor 22-4-2017 11:24 AM
kaki kan tempat urut refleksologi byk urat2 sambung ke organ badan?
Quote prettyuglybabe 22-4-2017 11:32 AM
kena sebat kat kaki sampai tangan pun jadi hitam??
Quote cucukjarum 22-4-2017 11:34 AM
kena gigit pelesit ni.


Lihat semua komen(482)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.107566 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top