CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bufet Ramadan Kl Tower 2017, Tawar Pengalaman Berbuka Puasa Di Awan Biru

25-4-2017 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8683| Komen: 27|Original author: Oleh: Myra Rozi

Bohong rasanya kalau ada yang mengatakan tak teringin nak menjejakkan kaki di Menara Kuala Lumpur.

Mercu tanda negara Malaysia ini memang sinonim bagi mereka yang mahu melihat keindahan pemandangan kota metropolitan dari ketinggian beribu-ribu kaki di atas.


Kali ini, bayangkan pula diri anda menikmati hidangan nun di atas sana dan pastinya peluang seperti ini tidak harus dilepaskan, sekurang-kurangnya sekali untuk berkunjung ke sini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini Menara Kuala Lumpur tidak ketinggalan mengadakan  'KL Tower Bufet Ramadhan' untuk tahun 2017.

Bertemakan 'Seindah Ramadhan', pengunjung pastinya rambang mata untuk memilih lebih dari 40 sajian yang berkonsepkan 'Citarasa Malaysia' selain terdapat juga hidangan Barat yang disediakan.

Menariknya bufet kali ini, 'Roasted Lamb' yang pastinya lazat dengan limpahan kuah enak dijadikan tarikan utama buat pengunjung dan akan disediakan setiap hari.

Antara menu lain termasuklah salad, variasi spageti dan lauk pauk Melayu seperti masakan ikan tenggiri dan bendi, pajeri nenas, masakan udang, ayam madu, sotong masala, nangka muda masak lemak ikan masin, dan nasi Arab.

Tidak dilupakan, hidangan pencuci mulut yang wajib dicuba adalah kek, muffin, kuih buah melaka, lepat pisang, pulut inti dan pelbagai jenis buah-buahan.

Tak cukup lagi, rasai sendiri keenakan rasa ais kacang dan pelbagai minuman sejuk dan menyegarkan serta minuman panas teh dan kopi bagi para penggemarnya.

Dalam masa yang sama semasa pelancaran Bufet Ramadhan di KL Tower 2017, mereka turut melancarkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2017. 

Pertandingan diadakan pada hari Sabtu, 29 April 2017 mulai jam 7 pagi hingga 12 tengah hari di perkarangan Menara Kuala Lumpur. 

Ada yang berminat? Untuk info lebih lanjut sila ke laman web : www.menarakl.com.my

Harga bagi Bufet Ramadhan KL Tower 2017 pula boleh rujuk di bawah,

Iftar Buffet Ramadhan @KL Tower
Tarikh : 1 hingga 23 Jun 2017
Masa : 6.30 petang hingga 10 malam
Tempat: Megaview Banquet Hall, Menar Kuala Lumpur

Early Bird Sebelum 15 Mei 2017
Dewasa RM89++
Kanak-kanak RM59++

Harga Biasa
Dewasa RM99++
Kanak-kanak RM69++

Pakej Keluarga
2 Dewasa + 2 Kanak-kanak RM280++

PERCUMA
**1 Tiket Buffet Ramadhan dengan pembelian 10 Tiket Buffet Ramadhan
**Iftar untuk kanak-kanak berumur 5tahun ke bawah
**Tiket ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck)
**Sampul Raya Ekslusif KL Tower
**Kemudahan Surau disediakan

BOOKING : SILA HUBUNGI 03-2020 54444

Info :
Facebook : OfficalMenaraKL
Instagram : menarakl
Website : www.menarakl.com.my
 
Menarik sungguh, macam tak sabar rasanya nak menunggu ketibaan bulan Ramadhan tidak lama lagi.Jangan lepaskan peluang keemasan ini nanti ya. Selamat berbuka puasa. -CARI
11

Bagus
17

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyza 25-4-2017 10:40 AM
Time bulan puasa lah paling best,mcm2 makanan ada. Malang nye, iols tak dapat makan banyak. Perut cepat penuh
Quote gerbera.memopad 25-4-2017 10:56 AM
Wah, cepatnya masa berlalu. Next month dah nak puasa dah. Tak sabar
Quote Artemesiaa 25-4-2017 11:15 AM
Bulan puasa lebih selesa berbuka dirumah.  Lagi pun tak mampu nak rasa semua sajian yang dihidangkan.
Quote palmolive 25-4-2017 12:20 PM
kejap jek dah nak puasa balik
Quote matseh 25-4-2017 01:48 PM
why not dlm bulan puasa ni utk tahun ni. Budget bukak posa di hotel2 ni di sedekahkan kpd surau, rumah anak2 yatim.
Buang mentality setahun sekali.
Quote Kak-Leen 25-4-2017 04:10 PM
Lebih selesa di rumah. Senang nak solat. Dulu pernah juga berbuka buffet dan di luar. X daya nak rasa semuanya. Sudahnya makan pun sikit. Membazir pula rasanya. Lebih baik ajak keluarga dan sahabat handai berbuka kat rumah kita. Santai dan dpt berjemaah sekali.
Quote Defcon2 25-4-2017 04:11 PM
Buffet ramadhan ni tidak selari dengan tujuan kita berpuasa.

Setuju dengan @matseh lebih baik disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.  
Quote cik-jaja 25-4-2017 04:34 PM
bulan pose je bru nmpk makanan sodap2..yg xsdp pn jadi sedap
Quote WhiskeyScotch 25-4-2017 04:59 PM
Apa pun berbuka di rumah bersama-sama keluarga jauhhhh lebih sedap dan puas berbanding berbuka di luar.
Quote -electrifying- 25-4-2017 05:13 PM
Waaa murahnyaaa.... nk tempah la... Selagi masih bujang ni boleh la berbuka reramai lgi
Quote AbukRokok 25-4-2017 05:41 PM
sesekali nak juga..nanti dah tua mengidam
Quote barfi 25-4-2017 05:48 PM
Mahalnya..
Quote siskepoh 25-4-2017 06:23 PM
bolehla klau nk cuba. sekali sekala
Quote helicornia 25-4-2017 10:11 PM
ye sekali sekala nk merasa n tkde komitmen ok la..klu dh berkeluarga nk heret family sangat membazir klu abis beratus2 bole makan utk 2 minggu tu
Quote beautifulliar 26-4-2017 07:38 AM
Sedap klo menu nangka muda masak lemak buh ikan masin tu.klo aku pegi mcm mbazir byr sbb tak larat nk habiskan or try sume menu.pastu dah kenyang nti mesti mls nk bangun nk balik.. klo kt umah pas makan boleh landing2..baru solat
Quote liesl 26-4-2017 09:48 AM
bulan puasa tak larat nk masak, good promotion, hehe
Quote nisako 27-4-2017 10:07 AM
wah dah masuk bulan posa dah
Quote manjalara_01 27-4-2017 10:43 AM
lame dh x mkn kat hotel
Quote cheergirlz 28-4-2017 03:37 PM
ermm..mcm2 makanan nak makan..sudahnyer bla buka puasa ckit jer makan nyer...jgn membazir..lg sdap masak n mkn kat umah...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.178515 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top