Akibat kepenatan dan sesak nafas, Mamat Khalid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Isterinya, Hasmah Hasssan, 54 mengatakan suaminya mengadu sukar untuk bernafas pada pukul 3 pagi selepas pulang minum bersama rakan-rakannya.
“Waktu itu dia kata masih okay. Bagaimanapun, pagi tadi dia masih mengalami kesukaran untuk bernafas dan saya serta anak-anak membawanya ke hospital kira-kira jam 9 pagi. “Pemeriksaan doktor mendapati tekanan darahnya tinggi dan doktor juga bimbang dia mengalami masalah jantung tersumbat seperti sebelum ini," katanya kepada Harian Metro. Walau bagaimanapun, pengarah popular ini berada dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat yang banyak.
Mamat dipercayai terlalu keletihan selepas menghadiri majlis tayangan perdana filem terbarunya Lebuhraya Ke Neraka yang diadakan di pawagam di Bukit Bintang. “Pada majlis itu, selain ditemubual wartawan, Mamat turut bertemu dengan ramai kenalannya. Selepas tamat majlis, mereka sambung berbual di restoran pula. Dia hanya pulang ke hotel kira-kira jam 2 pagi tadi," tambah Hasmah lagi. Semoga Mamat Khalid cepat sembuh hendaknya. -CARI
|
16
Bagus |
11
Marah |
17
Terkejut |
18
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT