Gara-gara berang suasana bising di dalam kelas, seorang guru telah membaling kerusi kayu terhadap pelajarnya. Kejadian yang berlaku di Panampang Sabah itu menyebabkan kepala pelajar tersebut luka dan dikenakan lapan jahitan.
Menurut laporan mStar Online, sebelumnya guru terbabit telah menyuruh murid berkenaan diam, namun arahan tidak diendahkan. Satu laporan polis tentang insiden tersebut telah dibuat oleh ibu bapa pelajar tersebut. Hanya mahu dikenali sebagai Wanie, ibu pelajar itu menyatakan, "Saya terkejut dan takut. Saya terus ke hospital dan bercakap dengan guru sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan."
Walau bagaimanapun, Wani dan suami memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana ingin memberi peluang kedua kepada guru tersebut. Pengarah Jabatan Pendidikan, Datuk Maiminah Suhaibul berkata guru yang terlibat dalam kejadian itu telah diarahkan supaya berhenti mengajar buat masa sekarang. "Dia kini bekerja di pejabat pendidikan daerah sehingga kami kami membuat keputusan tindakan seterusnya," katanya. -CARI
|
38
Bagus |
26
Marah |
36
Terkejut |
26
Sedih |
23
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
felinecat replied at 22-4-2017 10:53 AM
teruknye...guru bipolar kah
ADVERTISEMENT