Sekumpulan warga Malaysia yang juga pelajar universiti swasta di Malaysia membuat laporan polis di Balai Polis Aonang, Krabi apabila mendapati pakej pelancongan yang dibeli daripada seorang warga Thailand bernama Theeradet Saetiew merupakan pakej pelancongan yang tidak wujud.
Menurut pegawai Polis Pelancong Krabi, Sub Lt Suwan Tuamsri, lelaki warga tempatan itu menggunakan sebuah syarikat pelancongan bereputasi untuk menjalankan kegiatan haramnya. "Mereka tiba di Krabi semalam tetapi tidak dapat menghubungi lelaki tersebut. Mereka telah memindahkan wang THB38,500 kepada Theeradet sebagai bayaran untuk keseluruhan pakej itu." "Harga yang ditawarkan kepada kumpulan pelancong Malaysia itu adalah sangat murah berbanding pakej yang ditawarkan oleh agen pelancongan yang lain." Bagaimanapun, atas rasa simpati dengan situasi yang dihadapi kumpulan warga Malaysia itu, pelbagai pihak di Thailand bertindak membawa kumpulan tersebut ke destinasi-destinasi popular di Krabi seperti yang ditawarkan dalam pakej palsu yang dibeli daripada Theeradet.
"Mereka nampak gembira dengan apa yang kami lakukan untuk mereka," kata Suwan.- CARI |
10
Bagus |
12
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
18
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Acik_Whitney replied at 20-4-2017 03:39 PM
Tak sukanya aku travel ikut pakej2 ni
kentel replied at 20-4-2017 03:45 PM
better sampai sana baru cari pakej....takde isu kena tipu...especially cari dkt lobby2 hotel... :l ...
Acik_Whitney replied at 20-4-2017 03:46 PM
Bila nak kentel nak bawak acik jalan2 kat krabi
ADVERTISEMENT