Hanya kerana mahu tubuh langsing yang menjadi dambaan ramai, artis dari Korea ini hanya makan TIGA sudu nasi setiap hari!
Memetik Oddity Central, Lee Tae-Im mendedahkan rutin hariannya mengamalkan diet melampau itu selama enam bulan. Menurut Tae-Im, dia berasa malu dengan rakan artis lain yang memiliki bentuk tubuh jauh lebih menawan daripada dirinya.
Perkara itu membuatkan dia berasa sangat malu dengan keadaan tubuhnya sehingga menyebabkan dia menangis kerana terlalu kecewa, lalu menjurus kepada diet ekstrim berkenaan. Tae-Im bagaimanapun mengakui amalan dietnya tidak sihat, sekali gus menasihati orang ramai agar tidak mengikut amalan dietnya. Tambahnya, dia hanya mahu mengurangkan berat badan dalam masa singkat supaya tampil cantik dan menarik di layar skrin sebagai seorang aktres. Selepas ditegur kelihatan terlalu kurus dan tampak seperti orang sakit, dia menambah jumlah pengambilan nasinya kepada enam sudu sehari dan berjaya menambah berat badan sebanyak 2-3 kilogram. Biasanya orang lain kalau tak dapat nasi walau sehari, dah resah gelisah. Sekejap-sekejap asyik terbayang nasi saja. Bagaimana pula dengan anda. Sanggup makan tiga sudu nasi saja setiap hari? - CARI
|
39
Bagus |
43
Marah |
28
Terkejut |
29
Sedih |
26
Lawak |
42
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT