Agak ganjil dan janggal apabila kita dengar atau lihat burung yang tidak boleh terbang atau ikan yang tak boleh berenang kerana berlawanan dengan sifat semula jadi mereka.
Pun begitu, seekor ikan yang tak boleh terapung atau berenang ibarat manusia tak berkaki. Perkara itulah yang berlaku kepada seekor ikan emas yang tak boleh berenang kerana mengalami penyakit pundi renang (swim bladder). Penyakit terbabit menyebabkan ikan itu hilang kemampuan untuk mengawal daya apungnya membuatkan ia terus terapung di permukaan air dalam keadaan terbalik. Jika dibiar lama, ikan itu boleh mati! Memetik BoredPanda, ikan emas itu kemudiannya dibawa ke sebuah kedai akuarium di San Antonio, Texas, untuk dirawat.
Apabila pelbagai rawatan gagal, pekerja di kedai itu, Derek mencari jalan lain untuk membantu ikan emas tersebut. Maka, terhasillah sebuah 'kerusi roda' untuk ikan emas tersebut. "Saya menggunakan sejenis tiub udara yang biasanya digunakan di dalam tanki akuarium, dan melilit tiub ini ke badan ikan itu. "Saya tambah beberapa injap di bawahnya yang berfungsi sebagai 'kerusi' dan pemberat untuk membuatnya terus bertahan di atas bahan itu (styrofoam)," kata Derek kepada Buzzfeed. Tambahnya, pemberat itu bahagian bawah hampir sama dengan daya tarik ke atas, dan ia sangat bagus untuk ikan itu kerana membantunya berenang dengan baik. Wah, kreatif Derek kerana berjaya menghasilkan sebuah kerusi roda untuk ikan yang tidak mampu berenang Syabas diucapkan! - CARI
|
19
Bagus |
22
Marah |
22
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT